September 2010 - SHAWAL MOHAMAD

Wednesday, September 15, 2010

Aku dan Ramadhan 1431H

Wednesday, September 15, 2010 0
Aku dan Ramadhan 1431H
Salam...

Walaupun Ramadhan sudah meninggalkan kita semua, tp tetibe teringin nk menulis berkaitan Ramadhan yg baru sje berlalu meninggalkan kita semua. Ntah dapat ke tidak tuk kita semua bertemu Ramadhan lagi tahun hadapan.

Entri ni hanyalah sekadar sedikit nasihat dan celoteh hati aku berkaitan Ramadhan kali ni. Sudah pasti aku akan kenang sampai bila2.

Maher Zain
Setiap kali aku terdengar lagu ni pasti aku terkenangkan bln pose. Kenapa?? Sebab tiap petang b4 berbuka pose dan menyediakan juadah berbuke, aku pasti bukak lagu Maher Zain. Layan sorang2 dlm bilik kt UKM. *sebenarnya bukak lagu kuat2 sbb nk cover bunyi masak dlm bilik..hahaha Bila dah blk umah tak sempat la nk layan. Kena jage kedai daa~

Sahur
Bulan Ramadhan memang banyak hikmah. Dan Allah selalu menolong hambaNya. Aku pernah beberapa kali terlewat bgn. Tp bila aku terlewat bgn, mesti nasik yg aku masak akan amek mase sekejap je nk masak. Subhanallah. Kebesaran Allah..

Bazar
Untuk pertama kalinya aku tak pernah sekali pun jejak kaki ke bazar pada tahun ni. Tak kira kt bangi mahupun kt manir, dua2 tempat aku tak pernah pegi bazar ag. Hebat kan?? hahaha syabas!! Inilah nasib bila bersendirian menghabiskan tahun akhir kt ukm. tanpa teman2 upsm, tak bape semangat la nk berbelanja.

Wangian
Sekadar pesanan untuk diri sendiri, cukup la memakai bauan yg sederhana ke masjid. Jgn la memakai bauan yg terlalu kuat sehingga menyukarkan org sebelah bernafas.

Baju Raya
Alkisahnya tak kuar shopin. Sogo pon tak pegi. Tgk status org je shopin sane sini beli baju raye. Aku?? Malam raye je kuor shopin. Naseb baik ade baju. Buleh la beraya. =)

Aku rasa tu je kot yg nk dikongsi malam ni. Busan takde buat pape. Masih bercuti dirumah. Panjang juga cuti aku kali ni. Balik kg sebelum merdeka stret sampai rayer..muahaha~ Naik cuti je nanti terus midsem. Mampus!

Ok lah yer. Nanti lak aku cite kesah rayer aku. =)


Tuesday, September 14, 2010

Salam Idul Fitri

Tuesday, September 14, 2010 0
Salam Idul Fitri



Pejam celik pejam celik Ramadhan sudah berlalu meninggalkan kita dan hari ni sudah masuk 5 Syawal. Dah lama rasanya meninggalkan blog ni dek kesibukan menguruskan hal rumah tangga..haha *dah berumah tangga ke??


Di kesempatan ni, saya mahu menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai tersalah kata terkasar bahasa atau ada yg mengguris hati teman2 semua. Di hari baik bulan baik ni marilah sama2 kita mengeratkan silaturrahim dan memohon kemaafan sesama.

Saya masih di Terengganu. Jika ada yg mengenali, jemput la dtg ke rumah. Pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk teman semua.

Sekian, Salam Lebaran buat semua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...