July 2010 - SHAWAL MOHAMAD

Saturday, July 31, 2010

Berlalunya Julai

Saturday, July 31, 2010 0
Berlalunya Julai
Seperti yang selalu kita dengar, cepat betul masa berlalu. Seperti cepatnya angin memukul pipi. Seperti cepatnya air mengalir di jari. Walau apa pun, berlalunya hari membawa bersama usia kita dan juga amalan kita.

Semoga Julai yang kian melabuhkan tirai ini telah dapat aku manfaatkannya sebaik mungkin. Berakhirnya Julai bermakna aku kena makin bekerja keras. Kerana Ogos sudah menanti dengan penuh agenda di sebaliknya.

Selamat datang Ogos. Bulan kemerdekaan dan juga bulan Ramadhan pada tahun ini. Kerja2 aku juga mungkin makin bertambah. Kerja yg masuk exam + kerja yg tak masuk exam + kerja amal.

Apa pun, semoga anda semua berbahagia selalu dan manfaatkan setiap hari anda dengan perkara berfaedah.

Sekian..^__^

Insha Allah - Maher Zain

Saturday, July 31, 2010 0
Insha Allah - Maher Zain
Maher Zain bukanlah nama yg asing lagi di persada nasyid tanah air mahupun antarabangsa. Setiap persembahan dan musik yg disampaikan beliau cukup mempersonakan sesiapa sahaja. Kedatangan beliau ke arena nasyid seumpama tsunami hebat kerana mampu mampu menarik peminat yg sangat ramai di seluruh dunia. Jom kita hayati salah satu lagu beliau.



Lirik Lagu:

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astra
You’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Thursday, July 29, 2010

Ohh..Kepenatan..

Thursday, July 29, 2010 0
Ohh..Kepenatan..


Hari ni aku berpeluang melihat satu lagi permandangan indah. Apa agaknya yer?? haha Hari ni aku terdampar kt tengah2 ruang legar pusanika. Terbaring kaku atas katil penderma darah. Belum pernah lg aku berpeluang berbaring kt situ. Baru aku tahu betapa seronoknya sambil melihat bumbung pusanika.haha *giler ke ape??

Hari ni aku penat. Kenapa?? Seawal pagi aku ke kelas(8-10), singgah di up then taip2 nama bdk (nak anta kt jppel) , geledah logi sbb nk cari buku merah (derma darah). Seb bek jumpa.

Dengan bangganya aku pon pegi la ikut sama golongan2 mereka yg baik hati nk menderma. Dah setel sume roadblock, maka aku dgn jayanya dapat hadiah aku, berbaring di katil pilihan hati.

Kemudian datang la nurse. Muda. Sabah. Aku pun ckp sabah la dgn die. Ok bah. Ingat aku nda reti ckp sabah ka??haha Dia pon godek2 cari urat darah aku. Pak!! Dia cocok. Kemudian dia ckp darah slow. Dia godek2 jarum then dia panggil nurse yg lg otai. Fuhh..ngeri tak??

Nurse sorg ag pun dtg. Lepas usha2 dia kata nk try tgn lg sbelah. *boleh men try2 gk ke??haiyoOo.. Aku pun dgn machonya setuju je. Seb bek la tgn kiri aku ni mencurah2 darah seperti coklat mencurah ke ladang gandum. Klo tak, tak taw la pasni depa sume nk cocok tang mne lak.

Bila dah setel, aku pun trun ke bilik up, kemas barang2 then blk blik. Satu lg cabaran sbb kena daki tangga KAB tuk sampai ke bilik. Ooh..cabaran.

Fuhh..Nak putus nafas aku. Sampai bilik terus terkam tilam. Berpeluh2..Penat..Maybe sbb da lama aku tak bersukan kot. Tu la.sape tah yg gatal tgn pegi curik kasut sport aku. haish

sudahkah anda menderma?? 1Drop 1Hope 1Smile..=)


Wednesday, July 28, 2010

Lagi Perihal Dari Kampus

Wednesday, July 28, 2010 0
Lagi Perihal Dari Kampus
Sedang aku menyusuri anak tangga KAB menuju ke Pusanika petang td, aku tiba2 terpikir skjap. Aku menoleh ke depan, belakang, tepi, kiri dan kanan. Aku dongak ke langit. Aku tengok matahari elok je menyorok di sebalik awan. Hari pun redup. Tapi kenapa minah kt depan aku ni berpayung??

Dalam hati aku berkata mungkin minah ni saja nk tayang payung baru kot. Ke dia ni masih belum biasa dengan iklim kt Malaysia?? Bukan main lg minah ni kontrol ayu. Kalau amoi kulit putih takpe la jgk. Ni minaci kulit hitam daa..haiya..

Aku teruskan perjalanan ke pusanika. Lepas beli apa yg patut, aku pun bersiar2 sekejap. Sekali lagi aku nmpak minah. Tapi ni minah lain plk. Pakaian bkn main lagi. Nasib baik kulit putih. Tak taw la cina Malaysia or Korea. Kalau kt tempat depa taw plk pakai tebal2*mestilah kena tebal iklim sejuk..mau mati ka??. Sampai je kt Malaysia ni terus bukak sana cni.

Pandangan aku sekali lagi terpaku. Kagum pun ada. Kenapa la agaknya org ska berpayung?? Panas sangat ke iklim Malaysia sekarang?? Yang peliknya org negro pon pandai guna payung. OMG!!

Aku malas nk hirau sangat sebab aku tahu macam2 mende pelik dlm dunia ni. Mende yg mustahil pun boleh jd tak mustahil.

Sekian.

Monday, July 26, 2010

Perihal Mahasiswa

Monday, July 26, 2010 0
Perihal Mahasiswa


Salam 1 Mahasiswa...

Sudah 4 tahun aku di UKM. Satu tempoh yg boleh dikatakan agak lama la jugak. Macam2 yg dapat aku lihat sepanjang aku berada di sini.

Malam ni korang bertuah sebab aku nk kongsikan apa yg aku tahu pasal budak2 ukm nih. Kalau korang ni masih student skolah menengah, korang compare la ngan hidup korang sekarang ek.

Jom kita terjah apa yg selalunya berlaku di kalangan mahasiswa....

Rugby Jalanan
Apa yg dimaksudkan dengan rugby jalanan?? Ok. Pernah lihat org beratur nk naik bas?? tak pernah?? Ok. Pernah tgk org tunggu bas?? Pernah?? Bagus. Kebiasaannya apabila bas sampai di bustop, maka bermulalah perlawanan rugby. Dan jgn terkejut kerana pemenangnya adalah golongan hawa kerana mereka lagi hebat 'body touch' berbanding lelaki. Tak percaya?? Tak pe.

ada rupa camni tak dorang agaknya??


Keluar Malam
Ini mungkin perkara normal bagi kita semua. Kebanyakan bdk ukm memang suka keluor malam terutama lepak kt maple. Ntah apa yg best kt maple ek?? Pernah keluar?? Tak pernah?? Bagus.

cantik tak gambor nih??haha motip sangat


Berak Tak Flush!
Ni memang aku tak suka! Pengotol betul la mamat nih. Kalau time takde air boleh diterima jugak.*boleh diterima ke?? Ni time air banyak melimpah pun tak reti nk flush..eeeeeeeee! Kalau aku taw sape punya keje tu memang aku sumbat kepala die dlm mangkuk jamban. Perangai mengalahkan kanak2. Padahal da duduk kt ipt tu.

ntah2 ni keje kucing kot..


Panjat Blok Pompuan
Haaa..jangan ingat takde kes ni taw. Golongan terpelajar pun tak leh pikir guna otak. Pernah ada kes budak panjat blok pompuan kemudian lari terjun ikut tingkat. Nasib baik tak mati kau. Terjun dari tingkat 6 tu..fuhh..berpeluh!

haa..kalau panjat menatang ni ade jgk fedahnya..


Tilam Berlubang
Ni kes special. Aku pun tak berani nk jawab kenapa. Sebab tilam berlubang ni dijumpai bkn shj kt blok lelaki, tapi lebih banyak di blok pompuan. Korang pikir la sendirik ek.*kes mengigau gigit tilam kot..hek3

begini ke korang tdo weh??


Jakun Tak Bertempat
Kenapa jakun?? Sebab tak tahu la. Nak tanya segan..haha Kepada anda yg rasa masih belum explore habis 1 ukm ni, silalah berbuat demikian yer. Jangan nanti memalukan diri sendiri. Khas kepada mereka yg fakulti jauh dan ulat buku. Atau dengan kata lain hanya taw duk bilik je.

ampun..saya mahu keluar mengenal dunia nih..


Ok lah. Aku rasa cukup la perkongsian sebanyak tu. Da banyak da kan?? Kalau tak cukup meh menuntut personel. Masih banyak misteri yg belum terungkap di ukm nih..hahaha

Sekian dulu, Babai.

Sunday, July 25, 2010

Kami Perihatin @ UKM

Sunday, July 25, 2010 0
Kami Perihatin @ UKM

Salam Perihatin Semua...

Lebih kurang seminggu publisiti terhadap program anjuran Generasi Perihatin Kolej Pendeta Za'ba terpampang di dada akhbar Utusan Malaysia dan tak kurang juga kedengaran di radio era.fm.

Semalam merupakan acara kemuncak dengan mini konsert diadakan di Dectar, UKM yg dibarisi dengan ramai artis ternama seperti Dayang Nurfaizah, Farhan, Man Bai, Radhi OAG dan banyak lagi.

gambar yg boleh anda lihat di akhbar mingguan hari ini

Program Kami Perihatin dianjurkan bagi menyokong usaha kerajaan dalam membanteras gejala sosial yg semakin meningkat dari hari ke hari.

Sedang sibuk UKM menganjurkan kempen sedemikian, pada masa yg sama masih ada kes pembuangan bayi dilaporkan di Flat Sri Kelantan, Bandar Baru Sentul. Pelik kan?? Di manakah kesedaran masyarakat sekarang agaknya. Bayi dianggap barang mainan yg boleh dibuang sesuka hati mereka.

Ungkapan "Sedangkan binatang pun sayangkan anak sendiri" sudah tak boleh diterima pakai oleh aku lg. Nak tahu kenapa?? Sebab kucing betina kt umah aku suka makan anak dia sendirik. Nak beranak banyak kali agaknya. Last2 aku da buang kucing tu..haha

Ok lah. Aku sempat perhatikan konsert yg diadakan semalam. Aku risau. Program yg dianjurkan pada asalnya untuk membenteras gejala sosial akan bertukar sebaliknya. Kenapa?? Kerana aku dapat lihat ramai pasangan yg terlentok di celah2 asakan org ramai. Mungkin warga luar UKM agaknya.

Pape pun aku menyokong usaha kerajaan dalam membasmi gejala tak sihat ini. Kepada semua khasnya MELAYU ISLAM, kembalilah ke pangkal jalan. Kembali kepada ajaran Islam. Gejala ni kalau tak dibendung akan menjadi malapetaka besar pada negara.

Gunakan akal dalam setiap perbuatan anda. Sekian.




antara barisan artis yg memeriahkan konsert mini di UKM semalam


Saturday, July 24, 2010

Coretan Di Katil

Saturday, July 24, 2010 2
Coretan Di Katil


Lokasi : K4a 107 Kolej Aminuddin Baki UKM

Di kala mata mengantuk ni teringin lak nk menulis sket. Semalam ketika aku baru nk terlelap, thg syok guling2 sambil melayan perasaan, tetibe enset aku menjerit.

"Mu kaya dok ag bob??.." bunyi msg yg terpapar di skrin enset aku tu. Msg dtg dari jauh. Nun dari abg aku kt kg. Dengan selamba aku reply msg beliau, "..ceh, mne kaya ag..". Dalam hati aku berkata apa dia ingat aku dtg ukm ni cop duit ke apa.

Abg aku seorang pesara tegar walaupun baru berusia 26 tahun. Pelik kan?? Tapi ini kisah benar. Sedikit kisah tentang abg aku yer. Namanya Khairul aka Krol. Dia jd pesara sbb da kena pencen dari sebarang keje. Sbb apa?? Sbb dia sekarang mengidap penyakit buah pinggang. Seminggu 3 kali dia kena pegi hospital tuk cuci darah.

Kesian kan. Nak buat cmne. Sakit punya pasal awek dia pun dah cabut lari. Anda jgn amalkan tau. Sentiasalah disisi org tersayang anda disaat mereka memerlukan. Apa yg aku nk citer td ek?? Ohh lupa lak. pasal msg ek.

Sebenarnya abg aku sje je bergurau. Tapi ok gak dapat msg sebegitu. Ia membuatkan aku bersemangat semula dan sedar dari lamunan agar kembali mengejar impian aku. Impian untuk membantu keluarga aku. Impian merubah segalanya.

Aku berharap aku mampu memjadi seorang networker yg berjaya. Doakan aku yer sahabat.

aku akan berusaha selagi terdaya..



Thursday, July 22, 2010

Bosan ker??

Thursday, July 22, 2010 0
Bosan ker??


"Nak ke mana tu bang??.."..sapa Arabe' sebaik saja aku keluar dari bilik UPSM. Jam menunjukkan pukul 10.43 pagi. Aku pun tersenyum sabil menjawab "nak balik bilik la..".

Mungkin kurang dengar dengan jawapan aku td maka rabe' bertanya lagi soalan yang sama dan jawapan yg sama juga aku jawab.

"Balik bilik??nak buat apa??.."

"saje.."

"bosannya.."

"apa lak nak bosan..minum kopi, baca surat khabar.." balasku pada rabe. Tapi dalam hati kecil aku berkata memang bosan pun. Nak buat macam mana. Dah veteren ni kena la bersara dari semua ni.

Kemudian aku terus bergegas mengambil tenggiling biru aku yg tersadai dan terus memecut balik ke bilik tersayang di Kolej Aminuddin Baki.

Rutin harian aku sem ni memang banyak dihabiskan di bilik. Setiap hari aku akan ke pusanika untuk beli surat khabar dan singgah sekejap di bilik keramat UPSM. Selepas tu baru lah aku akan pulang semula ke bilik.

Apa pula rutin aku di bilik??haaa..itu biarlah rahsia. Hanya golongan terdekat sahaja yg dibenarkan ke bilik aku ni. Pemandangan luar tingkap bilik aku cukup nyaman. Mengadap hutan. Seronok melihat pokok melambai2 ditiup angin.

Ok lah. Masa untuk makan dah tiba. Jumpa lagi di lain sesi..=)

inilah temanku yg setia menemani aku di bilik..


Wednesday, July 21, 2010

Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar

Wednesday, July 21, 2010 0
Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar
sudahkah anda mendaftar??


PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UKM

Minggu Pengenalan Persatuan sedang berlangsung bermula 19 hingga 23 Julai 2010 bertempat di Bangunan Pusanika dan juga fakulti-fakulti.

Pelajar tahun 1 yang baru mendaftar digalakkan mengikuti aktiviti berpersatuan bagi meningkatkan kemahiran soft skill anda.

Terdapat pelbagai kelab, persatuan anak negeri dan urusetia yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian yang anda suka.

Sekiranya anda mengalami kekeliruan untuk memilih kelab mana yang lebih bagus atau banyak menjalankan aktiviti, anda boleh bertanyakan senior anda atau promoter yang sedang mengajak anda mengikuti persatuan mereka. Banyakkan bertanya jika anda mahu lebih info.

Manfaatkan masa anda di UKM dengan aktiviti berfaedah. Akademik semata-mata tidak menjanjikan anda peluang yang cerah. Rebutlah peluang dan ruang ini untuk anda belajar dan menimba ilmu sepenuhnya.

aktiviti sebegini tidak diajar di bilik kuliah..anda perlu mencarinya..

Monday, July 19, 2010

Kenapa Yer...

Monday, July 19, 2010 0
Kenapa Yer...
Salam bloggerz sume...

Aku ade sket pertanyaan ni. pasal blog jgk. xtaw la aku sorg je or korg juga mengalami. aku jd pelik.haaa..pe yg pelik??? meh nk gtaw.

Klo korang perasan, kt ruangan follower mesti ade bloggerz yg follow korg tapi tak kuor gambor kan??haa..tu la prob aku. npe ek jd cmtu??

bila da kuor gambor camni mesti aku pon pusing..

Kdg2 bila aku nk follow blog org len, ok lak ade gmbor. aish..penin lak aku. tapi tak kesah la ek. mne2 blog yg aku follow then takde link ke blog aku tu sowie la yer..tak dapet den nk nolong..haha

haaa..ni la gambor btol aku..ensem tak..hahaha

Niway, selalu la singgah ke blog aku ek. dahk singgah tu jgn segan lak klik ads..heh ^__^

Saturday, July 17, 2010

Jenis Pekerja

Saturday, July 17, 2010 0
Jenis Pekerja


Mari sama-sama kita lihat jenis2 golongan pekerja yg terdapat di sekeliling kita hari ini. Adakah anda tergolong daripadanya??



1. Taichi
Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR department…etc.

2. Boxing
Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil jawap telefon pun dia akan melatah.

3. Silat Pulut
Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam gaya , macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah.

4. Samurai dan Cowboy
Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works.

5. Kungfu Bruce Lee
Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution.

6. Ninja
Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular.

7. Rambo
Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan.

8. Kungfu Jackie Chan
Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya… scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serious.

9. Street Fighter
Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja.

10. WWE Wrestling
Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik. Aku referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all know, semuanya lakonan semata-mata.

aku ni kategori mne yer??


Friday, July 16, 2010

Wanita dan Tudung

Friday, July 16, 2010 1
Wanita dan Tudung

Salam semua...

Sinonim skg kte tgk ramai pompuan ske menayangkan aurat mereka terutama rambut mereka. Sedangkan rakan2 mereka ade je yg bertudung. Ini yg membuatkan aku terfikir knape jd mcm tu. Aku pernah nampak sorg minah ni ckup berpakaian sopan. Tudung tak de singkat sangat. Tapi geng die sorg free hair. Pe kes tu??

Kita tgk kebanyakan isteri pemimpin kte hari ni pon tak mengikut perintah Allah. kenapa yer?? aku terpikir lg. Kepada siapa kte patut salahkan?? tugas siapa sebenarnya yg perlu bertegas supaya mereka menutup aurat mereka??

Setelah penat berpikir. Mungkin ini lah jawapannya. Aku berasal dari kg dan aku tahu gaya org kg mcm mne. Pompuan kg besenya tak bertudung sejak kecik dan mereka ske bermain kt laman umah. Sehinggakan nk ke kdai pon mereka free hair je. Tapi perkara ni normal di kg kerana mereka menganggap semuanya sedara mara terdekat.

Itu perihal di kg aku. Kg org lain aku tak thu la cmne plk. Anak gadis ni hanya berpakaian cantik+bertudung hanya ketika ade kenduri or nk kuor pegi bandor.

Kesimpulan yg dapat aku buat, klo anak gadis bebas free hair di kg, pkai short sleeve ke sana sini, dah tentu la anak bandar juga begitu. Kerana mereka rasa itu adalah tmpat mereka. Tempat asal mereka. Mereka dah terbiasa tak bertudung dan merasa malas tuk memakainya.

Jd siapa yg silap kt cni?? Aku harap jika anda ade anak, didik dari kecik supaya mereka menjaga aurat mereka. Meski pun hanya mahu pegi menyidai kain.

ape pandang??meh la join skali..


Peringatan: Sila Pakai Kad Matrik Anda

Friday, July 16, 2010 0
Peringatan: Sila Pakai Kad Matrik Anda

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UKM BANGI

KEPADA SESIAPA YANG INGIN KE PUSANIKA ESOK DINASIHATKAN MEMAKAI KAD MATRIK ANDA

SAMAN AKAN DIKELUARKAN OLEH PENGAWAL KESELAMATAN SEKIRANYA ANDA GAGAL MEMPAMERKAN KAD PELAJAR ANDA

BERSAMA KITA BERETIKA TIDAK KIRA DI MANA KITA BERADA

PEACE NO WAR

kan bagus klo tetibe sume g kelas pakai gni..haha

Thursday, July 15, 2010

Melewati Zaman

Thursday, July 15, 2010 0
Melewati Zaman


Masa terus berlalu zaman terus berubah. Yg tua makin tua yg muda turut tua sama *takkan makin muda kot Kalau dulu kanak2, skarang mungkin dah remaja. yg remaja mungkin dah dewasa.

Zaman kanak2, remaja, dewasa dan tua semuanya berlainan. Memang la lain kan mne de sama.haha zaman kanak2 paling seronok.tak payah nk pikir pape pon. taw nk main je. blk lewat sket kna marah ngn mak.btol tak??

Sekarang ni aku kt zaman mane ek??remaja ag kot..haha makin meningkat usia,makin bertambah la tanggungjawab dan mungkin makin bertambah la tanggungan..*paham2 la ek..hehehe

Melihatkan keliling,makin ramai kawan2 yg dah kawen.aku??masih lg bergelar student UKM. bila la aku leh kompol dwet g pinang dak kedah nu sorang..haihs

Ni belom lagi bila masuk alam keje. Ohh dunia..bak kata x-rumate matrik aku dlu, "layankan je dunia nih..."

kalaulah masa boleh berputar kembali...

pssst: mode nyanyi lagu zaman berzaman..hahaha


Wednesday, July 14, 2010

Kamar Baruku

Wednesday, July 14, 2010 0
Kamar Baruku
Lokasi : Kamarku yg terchenta...

Nak dikongsi cerita, semalam aku dah cek in bilik baru kt kolej amin. seb bek kondisi bilik ni dalam keadaan teratur jugak. meja stadi ok, tikar pon da ade. pe lagi, melompat gembira la..hahaha

Misi bermula memikirkan nk decorate bilik ni cmne *mode nk jeleskan mereka yg suka hias bilik dulu..hahaha Then pepagi tadi aku kuor la pegi shoping kt warta..ngan sape???da tentu la sorang2. nk buat camne.org umah balik kampung.

Sesampai je warta, terus aku g cari brg yg aku nk..barg dapor la.stok tuk 1sem punyer..melilau aku cari. bila da cukup list aku pon g la bayor..*seb bek duit cukup..

Dah sampai bilik, perut lak lapor. pe ag. masak la. dah beli barang tu kan..haaa da lama rice cooker aku ni tak berasap. nak buat camne. sem lepas bilik jauh ngan toilet. so malas la nak gerak jauh2..

Sekarang ni bilik aku da kemas, cantik, anggun da menawan. Meh la sesape nk singgah pon..tapi bawak stok makanan sendiri..muahahaha~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...