April 2018 - SHAWAL MOHAMAD

Monday, April 30, 2018

Avillion Port Dickson

Monday, April 30, 2018 0
Avillion Port Dickson
Jom ke Port Dickson! haha

Tak tau lah trip yang ke berapa kali dah ni memandangkan sebelum ni tak terupdate kat sini 😆

Ok kali ni kitorang ke Avillion plak. Terjebak dengan sunset view Avi Lounge yang ramai orang post kat insta. So kena la datang sendiri nak make sure semua tu betul..kan? Ngee ~

Kitorang gerak sabtu tengahari 28hb April 2018. Tu pun lepas dah jalan-jalan kat Setia City Mall beli kasut aira ngan baju abi.

Sampai kat PD memang ngam pukul 3pm, memang time check in. Tapi ramainya la orang masa tu beratur panjang! Parking pun sampai kena seberang jalan. Fuhh ~

Ramai kan? sibuk jek kata aira 😂 
Aira nak rehat dulu la..hehe 
Kitorang book ngan booking.com. Selalunya takde masalah tapi kali ni dorang kata booking kitorang dah cancelled! Aku tanya la kenapa. Sebab kitorang tak dapat pape sms atau email pun yang mengatakan booking kitorang cancelled. Dorang kata sebab tak dapat tolak payment dari cc. Adoiii la..

Nasib baik ada lagi bilik so bayar je la ikut rate sana which is kena tambah lagi RM100 beza dengan harga yang kitorang dapat kat booking.com.

Ok dah siap check in adik kat help desk ni bagi la map untuk ke bilik. Tengok dari map dia tu pening jugak. Besar weh tempat dia. Kitorang dah la tersalah simpang. Sepatutnya ke kanan tapi pegi ke kiri. Failed betul nak kena tengok map ni. Haha

Boleh sesat woo 😆
Turun je lif memang akan jumpa swimming pool terus. Apa lagi si aira ni, merengek je la nak main air. Nasib la abi pandai, berjaya jugak ke bilik. Kih kih ~

Tv yang takde channel..pfftt 
2 katil single, 1 katil queen 

Yang ni aira suka..haha 
Yang ni abi suka 
Layan view jap..hehe 
Sampai bilik, segar-segarkan badan, mandi dulu puas-puas. Sebab ada bathtub so ok la. Boleh la aira berendam. Dah setel bersiap, kitorang pun pergi cari dinner. Nak makan awal sebab nak tengok sunset + ingat malam tu nak swimming.

Ok dah siap, jom kuar jenjalan! 
Apa la yang diboraknya tu 😂 
Dinner time! 
Hi! 😘 
Dapat eskem duk diam la dia 
Haa korang tengok la sendiri. Bak kata wife aku expectation vs reality. haha

Expactation 
Reality 😂 
Nak pergi Avi Lounge ni memang tak boleh bawak budak. So sementara wife aku naik, aku duk la bawah. Pastu wife aku turun, aku plak naik. Masa aku masuk ni aku dah suruh wife aku terus balik bilik je. Tak yah tunggu kat bawah. Oh ye, tempat ni bukak jam 6petang sampai 8malam je tau. Jangan pepandai nak datang pagi-pagi. 

Kat bawah ni la aku tunggu sementara wife naik layan view 
Ok setel layan mocktail. Balik bilik tengok aira dah tersadai ngan susu + enpon kat tangan. Memang tak jadi la swimming nampaknya. So malam tu semua tidur awal dengan harapan esok pagi semua bangun awal dan boleh terus terjun pool. 

Beverages list kat avi lounge 
Virgin Siti 
Pagi Ahad 29hb Apr 2018

Ni ada cerita klakar + dangerous aku nak bagitau. Pagi tu lepas subuh aku ngan wife keluar la layan pantai sebelah bilik kitorang. Aira tinggal sorang kat bilik sebab biasanya dia bangun lambat.

Cakkk! 
Meet the super handsome man! haha 
Nak dijadikan cite, lepas dah puas bergambar kat pantai aku terdetik la nak balik jenguk si aira. Sampai je simpang nak masuk ke bilik kitorang tu aku terserempak ngan sorang chinese dan 2 budak. Aku terpandang seluar budak tu. Macam kenal je seluar ni..aku pikir sambil jalan. Aku toleh balik, Ya Allah aira la. Terus aku panggil pergi kat dia.

Lorong masuk ke bilik kitorang..Tumasek! 
Chinese tu cakap dia nangis kat luar merayau. Adoi laa..yang peliknya siap pakai shoes minnie mouse dia sendiri tu. Aku pun bawak la dia pegi jumpa umi dia kat pantai. Terus happy. Aku yakin sampai tahun depan pun dia akan ungkit lagi cerita ni sebab dia memang ingat semua menda yang jadi kat dia 😂

Dah jumpa abi & umi 😀 
Senyummmm 👪 
Ok done. Pastu kitorang balik bilik tukar baju aira dan terus pergi bekfes. Makanan dia boleh la. Bagi aku belum cukup meriah. haha



Jom bekfes! 
Aira tunjuk apa tu? Peacock! 😄 
Lepas makan kitorang pun gedebush! Terus terjun pool. Mandi sampai matahari tinggi. Ada 3 pool kat sini. Yg budak punya 1, yang campur budak + dewasa 1, untuk yang dewasa sahaja 1. So pilih la nak mandi kat mana ye. Kalau nak guna toilet boleh pegi ke tempat sauna.

Sabar..sabar..tunggu abi 
Bestnya swimming 💦 
Pukul 10 ada makan-makan kat pet farm. Bukan orang makan ye. Tapi bagi makanan kat pet dalam tu. Ada rabbit, ada totis, ada ayam. Aira ni semua dia takut. Apa daa ~

Rabbit comey 😋 
Lepas setel bagi makan, kitorang sambung mandi jap pastu balik bilik siap-siap. Bagi aira sambung berendam kat bathtub plak. Sementara tu boleh la abi kemas barang.

Nak balik daa..sobs 


Kul 12 check out. Tak de beli pape barang pun. Pantang teluk kemang pun tak pergi memandangkan cuaca panas menggigit. haha

Ok la jumpa lagi next n3 ye 😘



Friday, April 27, 2018

Jamuan Jabatan

Friday, April 27, 2018 0
Jamuan Jabatan
Hi!

Memandangkan dah lama aku tak bersiaran, so dah banyak la jugak jamuan makan-makan yang korang miss. haha


Ni memang aktiviti tahunan department kitorang sebelum puasa dan selepas hari raya. Kiranya nak meraikan makan last siang la. 

Kebetulan pulak ada staff yang resign. So sekali la dengan farewell dorang tu. Untung ada orang sambut kan. haha

Ok la..nak hujan dah. Nak merempit balik rumah plak 😆








Monday, April 23, 2018

Giler berabuk!

Monday, April 23, 2018 0
Giler berabuk!
Perghhhhh

Dah dekat 3tahun rupanya aku tak menulis
Dah macam apa dah bersemut bersawang semua ada

😂😂😂

Ok lah
Time to start again
Pasni aku tulis balik ye
Nak cuci-cuci sikit
Kasi mop clorox sume bagi bersih
Baru la korang rajin nak singgah
Tak gitew? 😆
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...