June 2011 - SHAWAL MOHAMAD

Thursday, June 30, 2011

Selamat Tinggal Jun...

Thursday, June 30, 2011 0
Selamat Tinggal Jun...
Biasanya org tak pasan
yg Jun da sampai ke penghujungnya
tapi aku tak..
aku sedar
Jun da pun abes
dan sok
start la Julai pula
meniti hari-hari baru
dalam bulan baru...

Jun,
apa ada dalam Jun ye?
tak de pape nk disimpulkan
sbb tak bnyk pencapaian yg aku buat
tak de mne2 event yg aku join
tak de mne2 gunung yg aku tawan
takde pape sejarah yg aku catat.

Jun,
genaplah sudah sebulan
secara rasmi aku sbg penganggur
oh damn!
moga Julai menjanjikan lebih kemanisan..
Amin...

Thursday, June 23, 2011

Sumpah Gua Menyampah!

Thursday, June 23, 2011 3
Sumpah Gua Menyampah!

Hoi

Ape pandang2?? haha entri menyampah tuk korang kali ni. Nak bace,sila. Takmo bace boleh blah. Ape ape. Ingat aku main2. blah la.

Gua nk cite ni beb.gua ade 2org member.sorg cikaro.sorg mamat. dua2 ni member gua.dorang kapel.agak lama la beb.

Nak dijadikan story la,member gua ni pasang lain.cikaro tu la.gua tak puas hati.gua selidik la.nk taw jgk ape cite sbenar.rupanya cikaro tu kapel sekadar nama je. die takde hati pon kt mamat tu. n lagi satu,dorang memang da bnyak kali break b4 nih.

Gua kesian kt mamat tu beb!gua suruh la cikaro tu kasi clear. takmo la main tikam belakang camtu.yg gua nyampahnya,mamat tu takmo lepaskan si cikaro nih! sumpah gua nyampah! ape die ingat die sape takmo lepaskan anak org??

Gua hangin je. gua bkn ape beb. gua kesian kt mamat tu.kesian jgk kt cikaro tu. dah org tak suke,buat apa nk maksa. ni nk men ugut bagai.nk bunuh diri la. nk bunuh balak baru cikaro tu la.sumpah gua nyampah lagi! kemon la.lu jantan beb. tak bleh idup ke klo cikaro lu belah camtu? kasi can la die nk hepi2.die da busan la tu ngn ko mat!

Ni ade lagi gua nk pesan.masa bekapel tu bkn men baik.klo da break tu,jgn la bedendam.jgn bermusuh pula.jumpa kt mana2 sila la tegur.jgn nk anta parang kt depan pagar org plk.haish~

p/s: bunga bkn skuntum mat.lepas je die...



Sunday, June 19, 2011

Dikala Busan Itu..

Sunday, June 19, 2011 1
Dikala Busan Itu..

Sebuah n3 membusankan tuk anda sume...
sila baca jika anda juga sedang busan
kenapa??
sbb aku pon tgh busan
dah mencecah tahap gaban nih
hari-hari hidup aku mcm nih
sampai cicak pon geleng kepala tgk aku

ok
bila anda busan anda buat ape??
klo ade tips sila la share
jgn kedekut ok!
haha

1st bila aku busan,
aku akan on9
tu pun klo ade tenet la

2nd aku akan bukak lagu kuat2
karok sorg2
ckp sorg2
bia la ape org nk kata

3rd aku buat2 rajen
abes la sume mende aku kemas
korang ade baju nk suh aku basuh??
haa bak cni
haha

bile umah dah kemas tu
tapi still busan
aku akan sepahkan die semula
hahaha

lagi??
main game la.
tapi aku cepat busan jgk men game
asek nk kalah je
haish

bile dah sangap sgt
aku layan la mne2 movie
gni la gaya idup org bujang
adoyai~~~

p/s:hargai waktu busan itu sementara anda belum bz...

Wednesday, June 15, 2011

Time Machine...

Wednesday, June 15, 2011 0
Time Machine...

Bila kita bercakap tentang time machine, mesti ia berkaitan dgn time travel. Dan semestinya setiap org mengimpikan untuk memutar kembali masa ke saat-saat tertentu. Mengulangi kenangan lama, memperbaiki kesilapan diri.

Manusia hari ini cukup obses untuk kembali ke masa lampau. Bukti yg dapat kita lihat ialah pada wujudnya banyak movie yg berkaitan dgn time travelling. Samada kembali ke masa lampau mahupun ke masa hadapan.

Sekiranya anda diberi peluang, mahukah anda melihat masa depan?mahukah pula anda kembali ke masa silam?tiadakah kesilapan yg paling teruk ingin anda perbetulkan?apakah jalan yg anda ambil hari ini merupakan kesilapan terbesar dalam hidup anda?

Ya! persoalan yg sama dipikirkan setiap org. Bagi aku, walau seteruk mana keputusan yg telah kita buat, aku tak kan berpatah balik untuk memperbetulkan apa yang telah aku lakukan.

Biarlah kesilapan lepas membawa aku ke jalan yg baru. Dan dari situ aku dapat mempelajari untuk memperbetulkan dan tidak mengulangi lagi apa yg telah aku lakukan.

Untuk mengetahui masa depan,itu bukanlah kuasa kita. Aku percaya, setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah. Setiap yg dilakukan pasti akan diberi ganjaran dan balasan. Samada cepat atau lambat terserah padaNya.

Nota time machine: berusaha dan bertawakal kunci segala kejayaan..

Friday, June 10, 2011

Renung Renungan Itu...

Friday, June 10, 2011 0
Renung Renungan Itu...


Kehidupan memang penuh dengan misterinya. Dan menjadi tanggungjawab kita untuk merungkai segala rahsia itu walaupun apa yg kita jumpa tak semestinya apa yg kita mahukan.

PENAT!.Saban hari kita melihat pergaduhan sesama kita.permusuhan,perebutan kuasa, khianat, fitnah berlaku di mana-mana. Malah sesama saudara juga ada terjadi. Apakah inikah dunia akhir zaman??

Tanpa sedar, kita sering bersungut bila sesuatu musibah berlaku. suka menyalahkan orang lain bila perkara itu terjadi pada kita. Tak pernah pula memikirkan punca berlakunya silap itu.


Kadang2 kita cukup pandai menasihatkan orang lain.memberi pedapat.menyampaikan ceramah.tapi apakah yang kita ungkapkan sama dengan apa yang kita amalkan?? Apakah kita cukup kuat untuk menahan ujian yg sama sekiranya berlaku pada diri kita??

Sangat senang untuk berbicara.tapi sangat susah untuk melakukannya. Sangat senang menuding jari pada org lain tapi cukup susah untuk mengaku kesilapan sendiri. Salah orang senang nampak.salah sendiri buat tak tahu.

Berhentilah kawan dari bersikap sedemikian. Nasihatkan mereka dan beramal juga dengan apa yang anda cakapkan. Marilah sama2 kita duduk sebentar. Memikirkan kembali di mana silap kita. Kenapa ujian demi ujian menimpa kita. Apakah pernah kita berdasa padaNya. Mungkin ini hanya peringatan supaya kita kembali dan taat padaNya...

Ampunkan aku Ya Allah...

Thursday, June 9, 2011

Move On...

Thursday, June 09, 2011 0
Move On...


Cerita semalam usah dikenang

Usahlah kamu ungkit lagi
Kerna kisah itu sudah menjadi sejarah
Biarlah ia bersemadi jauh disana
Tenang tanpa gangguan

Apa yang perlu dibicara
Adalah tentang hari esok
Dan hari-hari seterusnya
Selagi bumi belum berhenti berputar
Selagi nafas masih melekat di rongga
Selagi itu kita perlu berusaha
Tanpa perlu berputus asa

Merancang itu perlu
Biarpun sekadar angan-angan
Biarpun digelakkan orang
Biarpun tak masuk akal
Asalkan kita tahu,
kita punya matlamat
Dan tujuan hidup

Ayuhlah kita
Terus mara ke depan
Jangan ditoleh lagi kisah silam
Kita capai bersama
Apa yg kita hajatkan

Friday, June 3, 2011

Welcome June...

Friday, June 03, 2011 2
Welcome June...
Salam...

Baru terpasan da lama tak blogging
sowie la ye kwn2
agak bz la plk
aku pon tak taw bz tang ape

New update from aku,
kini aku bkn lagi org subang
dah menetap @ bukit jalil
so jangan bnyak tanye lg ye
sesape nk cari aku meh je cni
haha

Oh ye
last weekend aku bz ke pd
de wedding event
TAHNIAH buat encik faizul n isteri
moga kalian bahagia ke akhir hayat
=)

Tentang aku pula?
oh sabar la ye
pelan2 kayuh
mebi next time turn aku pula
hehehe
*calon masih takde weh..lalala~

ok la ye.
jumpe lagi di lain masa
sekian~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...