September 2014 - SHAWAL MOHAMAD

Saturday, September 6, 2014

2nd trimester ;)

Saturday, September 06, 2014 0
2nd trimester ;)
Pejam celik pejam celik dah abes dah raya kan? takde n3 raya pon. hahaha nasib la tak sempat dah. beraya pon tak sangat tahun ni al maklum la mak buyong tengah tak bape sihat lagi time tu. tapi takpe nanti aku tepek jugak gambo sekeping sempena raya tahun ni.. hahaha

tahun ni kitorang raya kt ganu dulu. raya 1st ok lagi boleh lagi pegi umah sedara mara sume. masuk raya kedua dah tak boleh dah. masih lagi dlm mode mabuk-mabuk alahan. raya ketiga pagi kitorang gerak ke johor...haa yg ni lagi sadis. beraya kt umah je sebab cik puan kita alahannya tak jugak kurang. padahal dah 4 bulan time tu. risau jugak kot la alahan awin ni melarat sampai sudah. sebab ada je yg alahan sampai beranak. fuhhhh cmne la dorang bleh tahan ye.

tapiiiii...alhamdulillah sekarang ni kan, dah masuk 22 minggu dah n dia la yg paling champion bab makan. haaaa makin kuat makan. sampai pegi checkup kt klinik kesihatan, kena marah ngn nurse sbb dlm sebulan naik 2kg berat badan! hahahaha 

lega nikmat kesihatan dia dah kembali. cumaaaa..yg sadisnya bila dah sihat ni langsung dah tak nak makan apa yg aku masak. senang kata bila aku ckp nak masak dia terus ckp tak nak. tak boleh masuk dah. alahan baru sekarang, dia tak boleh makan apa yg aku or sape-sape masak kt rumah. even klo balik kg pon tak boleh sangat nak makan. klo makan kt luar laju je. demand betol anak abi ni sampai tak nak mkn kt umah langsung ye. dah la selalu mengidam western je. haish~

baru aku tau skrang org pregnant ni tersangat la lapor memanjang. nanti sape-sape bapak kt luar sana bersedia la ye. awal-awal pagi dah kena bersiap sbb kena belikan bekfes before kul 8 pagi. klo lambat nanti terus perut meragam buat hal. tengahari kul 12 dah start kena cari lunch. dinner pon lepas maghrib dah kena ready. tu blom masuk lagi selingan-selingan mnum pagi, mnum ptg, ngeteh sume. tapiiiiii...bila wife makin kuat makan, aku pon turut join sama. tu yg perut masing-masing sama membulat. hahahaha

ok la..lagi 4 months to go! chayok! doakan kami ye. moga semuanya selamat. aminnnn ^___^

Selamat Hari Raya! ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...