SHAWAL MOHAMAD

Tuesday, January 22, 2019

Welcome 2019!

Tuesday, January 22, 2019 0
Welcome 2019!


Assalamualaikum!

Dah nak habis januari dah pun baru sempat nak wish new year..hahaha

Happy new year 2019 korang semua
Walau apa pun azam korang, aku doakan semuanya berjalan lancar ye
Azam aku? Macam biasa la..laksanakan azam-azam tahun sebelum ini yang tergendala..kahkahkah

Ok jumpa lagi nanti ye.

Thursday, May 10, 2018

#PRU14 - Edisi Balik Mengundi

Thursday, May 10, 2018 0
#PRU14 - Edisi Balik Mengundi
Hi!
Alhamdulillah kita semua dah berjaya laksanakan tanggungjawab kita semalam untuk keluar mengundi. Sape yang tak mengundi tu jangan banyak cakap k. Haha

Ok kisahnya kali ni aku ngan wife mengundi kat tempat berbeza, aku di Terengganu dan wife di Johor. Memandangkan mengundi hari rabu so gigih la jugak cari tiket flight. Nasib baik dapat masa offer Air Asia 2 minggu lepas. Tak sanggup weh nak hadap jem sepanjang LPT 😂

10.10 boarding time 😊
Selasa 8 Mei aku dah amek cuti. Pepagi wife aku dah hantar ke airport. Flight boarding pukul 10.10am so kena la gerak awal. Tapi sempat jugak la bekfes jap kat marry brown KLIA2 tu.

Lepas dah setel semua maka bermula la drama shahdu umi ngan aira. Aira follow aku balik so tinggal la umi sengsorang. Sedih~

Yeyyy naik aeroplane 😃
Rindu umi dah ke nak? hehe
Dalam kul 11.30 Alhamdulillah selamat landed. Abang aku datang amek pastu terus ke Mydin cari makan. Haha Petang tu rehat-rehat je kat umah. Pusing-pusing kampung naik motor je. Nak jalan bandar takde kete sebab abang aku selasa pergi hospital dialysis.

Jumpa ayah ngah dia sampai dah lupa abi 😂
Rabu 9 Mei maka tiba lah hari yang dinanti. Aku memang cadang nak pergi mengundi awal sementara aira tengah tidur lagi. Tapiiii malangnya lepas beli bekfes pagi tu, tengok-tengok aira dan bersila atas sofa. Dah bangun dah 😂

Bagi aira makan, buatkan susu pastu bekalkan handphone. Setel! Haha Dapat la aku kuar mengundi dengan aman. Sampai je kat sekolah tu aku tengok dah ramai orang beratur. Nasib la laju. Semua masuk terus pangkah je kot tak yah pikir dah 😂

Jom kita mengundi!
Dah panjang beratur
Tengahari hujan, kereta still takde abang aku kuar berjalan so tak dapat lagi nak pergi pusing bandar. Tak dapat la nak beli kopok lekor bawak balik selangor. sobs

Lepas asar aku mintak abang aku hantarkan ke airport. Sehari je balik semata-mata untuk mengundi. Demi tanggungjawab. 

Nak balik dah..sobs
Nak balik dah ke?
Kul 7pm berlepas, kul 8pm sampai KLIA2. Dekat kul 11 jugak baru sampai rumah. Grab punya pasal. 1st booking lama sangat tak sampai-sampai, call pun tak angkat. Aku cancel pastu book baru. Baru dapat driver yang ok.

Sampai rumah of course la tak tidur terus. Layan result #PRU14 sampai pagi. Tak sangka kerajaan dah bertukar. Macam mimpi weh. Sampai sekarang pun aku tak sangka lagi.

Ok lah. Tu je nak cite. Bye!

Saturday, May 5, 2018

Riadah di Bukit Cerakah

Saturday, May 05, 2018 0
Riadah di Bukit Cerakah
Hi!
Korang buat apa weekend ni? Mereput kat rumah je ke? hehe

Hari ni kami anak beranak sihatkan badan di Bukit Cerakah @ Taman Botani Negara, Shah Alam. Ni kali kedua aku sampai sini. Last aku datang sini masa aira belum lagi wujud dan aku masih slim melim! haha

Map lokasi..korang kaji la ye 😊

Banyak dah aku perasan lain kat sini. Dah makin best. Tempat rent basikal pun dah lain, ada banyak stall jual makan, macam-macam lah! Korang datang tengok sendiri k 😊

Ok bayaran RM3 untuk parking + RM3 nak masuk sini. Kalau korang nak rent basikal RM20/jam untuk basikal carrier, RM15/jam untuk basikal biasa, Rm20/jam untuk mountain bike. Kitorang amek basikal carrier ngan basikal biasa so total RM35

Maka bermula la sesi mengayuh memanjat bukit. Giler pancit weh! Sampai rela tolak dari kayuh basikal tu. Masa turun bukit best la, tapi masa naik? Haha 😂

Pancit! 😂
Rehat jap..hehe
Kitorang kayuh sampai Rumah Persinggahan je pastu dah patah balik nak ikut Laluan A plak. Tapi kali ni kitorang decide naik Trem sebab dah tak larat weh! Muka pun dah terbakor. Kih kih

Depan rumah persinggahan
Menung apa tu nak..
Kat Taman Haiwan, Laluan A
Yang belakang tu pun nak selfie jugak 😂
Banyak aktiviti yang korang boleh buat kat sini. Sekali sekala jom la bawak family. Nak camping pun boleh 😃

Tarikan kat sini

Ok lah, jumpa lagi nanti. Bye! 

Friday, May 4, 2018

Sila Berhenti di Atas Sensor Traffic Light

Friday, May 04, 2018 0
Sila Berhenti di Atas Sensor Traffic Light


Korang selalu jumpa tak dengan orang yang benti kat traffic light kadang-kadang terlalu ke depan sampai pijak line kuning, kadang-kadang benti jauh sebelum traffic light sampai tak kena pun anak panah bawah traffic light tu.

Pernah kan? Aku tanya ni sebab aku selalu jumpa golongan macam ni. Bukan sekali dua tapi berkali-kali! Semalam pun aku jumpa lagi kat simpang tiga sebelum sampai rumah aku.

Ni bagus..kuning pun dah benti 😂


Korang tahu tak apa jadi kalau korang yang 1st sekali benti kat traffic light pastu tak benti betul-betul dekat anak panah tu? Mesti lah sensor tak detect korang kan? So dah tentu lah traffic light memanjang je merah kan?

Haaa..so bila lampu tu dah tak hijau, baru la pandai nak ke depan sikit. Dah membazir satu round.

Ok tu je nak pesan. Balik kerja hati-hati, jangan memandu di lorong kecemasan 😉

Wednesday, May 2, 2018

Jalan-jalan Tengok Rumah

Wednesday, May 02, 2018 0
Jalan-jalan Tengok Rumah
Hi!
Semalam aku jalan-jalan ke tapak rumah baru kami. Boleh dikatakan progress keseluruhan 40% la kot. Rumah sebahagian dah siap, sebahagian lagi tinggal nak pasang bumbung. Sekarang ni dorang tengah siapkan longkang.

Saje je masuk sini sebab nak tengok ukuran sebenar rumah kitorang. Kitorang beli end lot so nak tahu la jugak tanah tepi tu dapat banyak mana. Masa sign booking tahun lepas, orang sales MKH cakap ada la dalam 5kaki tapi bila kitorang tengok semalam sekaki je tanahnya..musnah harapan nak bercucuk tanam. pfftt

Hi rumah baru 😘
Rumah ni single storey dalam kejiranan Hillpark Saujana Utama aku nak panggil saujana utama jugak walaupun poskod puncak alam. Rumah lama kitorang yang townhouse Seri Alam tu dah jual dah, nanti la aku cerita ye. Dan rumah yang aku duduk sekarang rumah double storey dalam Hillpark, sewa! Sememangnya aku suka menyewa. Kah kah

Memandangkan rumah aku stay sekarang dan rumah baru kitorang ni dekat je, so boleh la aku monitor progress setiap minggu. Nak monitor setiap hari pun boleh tapi tak best la kan? 😛

Ok nanti aku update lagi ye. Tengah nak cari idea deko-deko plak. 

Bye!

Tuesday, May 1, 2018

Review Avengers Infinity War

Tuesday, May 01, 2018 0
Review Avengers Infinity War

Memandangkan ramai yang dah buat review dan tak kurang jugak yang bikin spoiler, so aku pun nak review jugak la sikit 😛

Semalam aku layan ngan wife aku. Dapat voucher tgv free so claim la untuk movie Avengers ni. Dapat la layan free kan? kih kih

Ok dalam bebanyak siri Avengers, aku rasa yang ni paling gempak. Filem berdurasi 2jam 30minit tapi ko tak rasa lama pun sebab banyak aksi dan best!

Kisah dia pasal batu infinity. Korang layan kan siries sebelum ni? So korang tahu la apa tu batu infinity ye. Ada si Thanos ni cuba nak dapatkan kesemua enam batu tu so dia sanggup buat apa je asalkan dia dapat apa yang dia nak.


Infinity Stone
Jalan cite dia memang straight forward. Banyak action dan ramai hero. Tak boleh cerita banyak sangat nanti nanti spoiler plak 😂

Ni list cerita yang korang kena follow
    1. Captain America The 1st Avenger
    2. Iron Man
    3. Iron Man 2
    4. The Incredible Hulk 2008
    5. Thor 2011
    6. The Avengers
    7. Iron Man 3
    8. Thor The Dark World
    9. Captain America Winter Soldier
    10. Guardian of The Galaxy
    11. Guardian of The Galaxy 2
    12. The Avengers Age of Ultron
    13. Ant Man
    14. Doctor Strange
    15. Captain America Civil War
    16. Black Panther
    17. Spider-man Homecoming
    18. Thor Ragnarok
So kalau korang belum tengok cite ni semua jangan pulak tanya nanti kenapa Loki baik, kenapa Thor dah takde mata satu, kenapa Hulk ada kat angkasa lepas?

Sape yang tengah pegang infinity stone
Dalam filem kali ni dorang lawan kat dua tempat. Iron Man, Dr. Strange, Spider Man dan team Guardians of Galaxy lawan kat tempat Thanos iaitu Planet Titan. Team Captain America, Black Panther, Hulk, Thor pulak lawan di Bumi kat Wakanda.

Korang jangan la expect happy ending sebab Thanos berjaya dapat kesemua enam batu infinity tu. Filem ni aku rasa akan ada sambungan dia sebab ending dia masih tergantung. Please jangan emo sangat nanti ye.

Sekian.

Monday, April 30, 2018

Avillion Port Dickson

Monday, April 30, 2018 0
Avillion Port Dickson
Jom ke Port Dickson! haha

Tak tau lah trip yang ke berapa kali dah ni memandangkan sebelum ni tak terupdate kat sini 😆

Ok kali ni kitorang ke Avillion plak. Terjebak dengan sunset view Avi Lounge yang ramai orang post kat insta. So kena la datang sendiri nak make sure semua tu betul..kan? Ngee ~

Kitorang gerak sabtu tengahari 28hb April 2018. Tu pun lepas dah jalan-jalan kat Setia City Mall beli kasut aira ngan baju abi.

Sampai kat PD memang ngam pukul 3pm, memang time check in. Tapi ramainya la orang masa tu beratur panjang! Parking pun sampai kena seberang jalan. Fuhh ~

Ramai kan? sibuk jek kata aira 😂 
Aira nak rehat dulu la..hehe 
Kitorang book ngan booking.com. Selalunya takde masalah tapi kali ni dorang kata booking kitorang dah cancelled! Aku tanya la kenapa. Sebab kitorang tak dapat pape sms atau email pun yang mengatakan booking kitorang cancelled. Dorang kata sebab tak dapat tolak payment dari cc. Adoiii la..

Nasib baik ada lagi bilik so bayar je la ikut rate sana which is kena tambah lagi RM100 beza dengan harga yang kitorang dapat kat booking.com.

Ok dah siap check in adik kat help desk ni bagi la map untuk ke bilik. Tengok dari map dia tu pening jugak. Besar weh tempat dia. Kitorang dah la tersalah simpang. Sepatutnya ke kanan tapi pegi ke kiri. Failed betul nak kena tengok map ni. Haha

Boleh sesat woo 😆
Turun je lif memang akan jumpa swimming pool terus. Apa lagi si aira ni, merengek je la nak main air. Nasib la abi pandai, berjaya jugak ke bilik. Kih kih ~

Tv yang takde channel..pfftt 
2 katil single, 1 katil queen 

Yang ni aira suka..haha 
Yang ni abi suka 
Layan view jap..hehe 
Sampai bilik, segar-segarkan badan, mandi dulu puas-puas. Sebab ada bathtub so ok la. Boleh la aira berendam. Dah setel bersiap, kitorang pun pergi cari dinner. Nak makan awal sebab nak tengok sunset + ingat malam tu nak swimming.

Ok dah siap, jom kuar jenjalan! 
Apa la yang diboraknya tu 😂 
Dinner time! 
Hi! 😘 
Dapat eskem duk diam la dia 
Haa korang tengok la sendiri. Bak kata wife aku expectation vs reality. haha

Expactation 
Reality 😂 
Nak pergi Avi Lounge ni memang tak boleh bawak budak. So sementara wife aku naik, aku duk la bawah. Pastu wife aku turun, aku plak naik. Masa aku masuk ni aku dah suruh wife aku terus balik bilik je. Tak yah tunggu kat bawah. Oh ye, tempat ni bukak jam 6petang sampai 8malam je tau. Jangan pepandai nak datang pagi-pagi. 

Kat bawah ni la aku tunggu sementara wife naik layan view 
Ok setel layan mocktail. Balik bilik tengok aira dah tersadai ngan susu + enpon kat tangan. Memang tak jadi la swimming nampaknya. So malam tu semua tidur awal dengan harapan esok pagi semua bangun awal dan boleh terus terjun pool. 

Beverages list kat avi lounge 
Virgin Siti 
Pagi Ahad 29hb Apr 2018

Ni ada cerita klakar + dangerous aku nak bagitau. Pagi tu lepas subuh aku ngan wife keluar la layan pantai sebelah bilik kitorang. Aira tinggal sorang kat bilik sebab biasanya dia bangun lambat.

Cakkk! 
Meet the super handsome man! haha 
Nak dijadikan cite, lepas dah puas bergambar kat pantai aku terdetik la nak balik jenguk si aira. Sampai je simpang nak masuk ke bilik kitorang tu aku terserempak ngan sorang chinese dan 2 budak. Aku terpandang seluar budak tu. Macam kenal je seluar ni..aku pikir sambil jalan. Aku toleh balik, Ya Allah aira la. Terus aku panggil pergi kat dia.

Lorong masuk ke bilik kitorang..Tumasek! 
Chinese tu cakap dia nangis kat luar merayau. Adoi laa..yang peliknya siap pakai shoes minnie mouse dia sendiri tu. Aku pun bawak la dia pegi jumpa umi dia kat pantai. Terus happy. Aku yakin sampai tahun depan pun dia akan ungkit lagi cerita ni sebab dia memang ingat semua menda yang jadi kat dia 😂

Dah jumpa abi & umi 😀 
Senyummmm 👪 
Ok done. Pastu kitorang balik bilik tukar baju aira dan terus pergi bekfes. Makanan dia boleh la. Bagi aku belum cukup meriah. haha



Jom bekfes! 
Aira tunjuk apa tu? Peacock! 😄 
Lepas makan kitorang pun gedebush! Terus terjun pool. Mandi sampai matahari tinggi. Ada 3 pool kat sini. Yg budak punya 1, yang campur budak + dewasa 1, untuk yang dewasa sahaja 1. So pilih la nak mandi kat mana ye. Kalau nak guna toilet boleh pegi ke tempat sauna.

Sabar..sabar..tunggu abi 
Bestnya swimming 💦 
Pukul 10 ada makan-makan kat pet farm. Bukan orang makan ye. Tapi bagi makanan kat pet dalam tu. Ada rabbit, ada totis, ada ayam. Aira ni semua dia takut. Apa daa ~

Rabbit comey 😋 
Lepas setel bagi makan, kitorang sambung mandi jap pastu balik bilik siap-siap. Bagi aira sambung berendam kat bathtub plak. Sementara tu boleh la abi kemas barang.

Nak balik daa..sobs 


Kul 12 check out. Tak de beli pape barang pun. Pantang teluk kemang pun tak pergi memandangkan cuaca panas menggigit. haha

Ok la jumpa lagi next n3 ye 😘



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...