July 2014 - SHAWAL MOHAMAD

Wednesday, July 9, 2014

Rumah Pertama: Mula dengan yang sederhana

Wednesday, July 09, 2014 2
Rumah Pertama: Mula dengan yang sederhana
sape yg tak nak ada property sendiri kan? lagi la zaman sakarang ni. nilai hartanah naik sekali ganda setiap tahun. kajian pon dah banyak yg nyatakan anak muda zaman sekarang memang tak kan mampu miliki rumah klo gaji tak seberapa. fuhh dahsyat hidup kita sekarang kan? dulu mak bapak kita nikah umur belasan pon boleh hidup kekal bahagia sampai tua. siap boleh wariskan harta lagi. kita? harta apa pon tak de. 

boleh dikatakan kita sebenarnya lagi miskin daripada nenek moyang kita dulu yang tak sekolah. sebab? hidup kita dibebani dengan hutang keliling pinggang.


betul la kata orang, sampai bila kita nak menyewa kan? bayar bulan-bulan tinggi tp rumah orang lain. betul tak? klo zaman bujang tu boleh la lagi tapi klo dah ada anak bini agak tak seronok la nak duk menyewa ni. sebab feel bujang ngan berumah tangga lain. siyes lain. klo korang tak caya korang try la kawen. haha klo bujang maybe korang tak banyak spend masa kt umah tp bila dah kawen ni, hobi pelik-pelik akan dtg. korang akan banyak abiskan masa kt umah. nak bercucuk tanam la. nak deko umah la. nak cat dinding la. klo umah orang lain? sume terus terbantut.

klo korang nak beli rumah, nasihat aku jgn terus beli rumah besar gedabak tu. unless klo korang memang dah keje lama, anak pon dah besar sket, kewangan pon dah stabil so ok la kot. tapi klo korang tergolong dlm golongan macam aku ni. keje baru skejap pastu terus gatal nk kawen baik la cari rumah kecik-kecik je dulu.


lagi pon bukannya rugi klo korang bermula dengan property kecil macam apartment, flat or townhouse. korang boleh saving duit korang untuk perkara yg lebih penting. bak kata orang kampung aku, slow and steady..tak slow tak menjadi..haha maybe after 5 or 10 yrs korang bleh la jual umah td tu dan beralih ke rumah yg korang rasa lg sesuai.

cuba korang bayangkan. harga rumah 2stry skarang range 400k so monthly korang kena bayar 2k tuk loan rumah sahaja. belum kira loan kereta, bil letrik, air, astro, barang dapur sume. so klo gaji korang 3k tolak bayar rumah tinggal 1k. camne korang nk hidup sebulan dengan 1k tu. belum kira emergency kes klo kereta rosak dan sebagainya lg tu. pokaaaiii! haish mencabar betul hidup sekarang kan?


umah aku skarang pon townhouse je. alhamdulillah ada jgk aset. ^__^ klo nak diikutkan memang la gaji aku ni boleh lepas loan untuk umah yg lagi besar tp bila memikirkan monthly payment yg aku kena bayar terus tak jadi. umah cantik, kete besar tapi poket koyak tak guna jgk kan? hehe

ape nak buat. kita hidup di zaman kapitalis. zaman dimana orang buat duit atas kesenangan orang lain. =)

tak pe bersabar sekejap je ye. insya Allah lepas ni ada rezeki untuk kita semua. jeles memang la jeles bila tgk umah org ada laman luas.betul tak? hehe tepuk dada tanya poket.jgn sampai kita kaya dengan hutang je. =D

** bilik baby blom deko lagi ni..hehe ;)
** bosan keje boss tak datang..

Monday, July 7, 2014

Bercuti di Cameron Highland

Monday, July 07, 2014 0
Bercuti di Cameron Highland
ni kali kedua aku ke sana. kitorang pegi sana pon bukannya sempena meraikan apa-apa tapi just suka-suka nk jalan. ye la kan, asek bkerja je try la jgk curi masa pergi berehat sekali sekala. manjakan diri anda..cheewaah! haha

boleh dikatakan ni last holiday yg kitorang pegi masa awin sihat. kiranya time ni awin still boleh huha huha lg la kan. haha kitorg pegi 27 April 2014. klo ikutkan schedule aku spatutnya aku ada trip hiking kinabalu. tapi apekan daya cuti takde so nk release tension tak bleh join hiking kitorg pegi la cameron. boleh diterima tak? hahaha

klo dlu kitorg pegi cameron exit simpang pulai, kali ni kitorg terus exit tapah plk. pegi sana pon santai-santai je sbb kebanyakan tempat dah pernah pegi n dah tau lokasi port2 best dekat mana. oleh sebab hari tu hari ahad, so jln nak ke cameron takde la jem sangat sebab masing-masing dah otw blk. betul tak? hehe kitorang memang sengaja pegi ahad. amek hotel semalam pastu esok isnin mc. haha

jemput makan..hehe ;)
puncak menara boh..
tempat 1st yg ktorang singgah ialah BOH! tengah lapar-lapar plus sejuk ni elok la kan pekena teh panas ngn kek strawberi dlu kan?nyumms ^_^ kemudian kitorg merayau-rayau cari resort kitorang. sempat jugak la beli baju 2helai sebelum sampai resort tu. hehehe

then kitorang sambung pegi Cactus Point. banyak woo caktus kt sini tapi kitorang beli pokok cili je. haha then kitorang serbu Lavender Park plak. dulu tak masuk sini lagi rasanya. haa nak masuk kena bayar tau. rm5 sorang klo tak silap. dalam ni banyak lavender je la. bunga-bunga dia superb! fuhh tenang jiwa. kt sini kitorang beli pucuk labu goreng je. buat alas perut. haha

syurga lavender...
cak! hehe
ikut trend ok..selfie! =P
macam bese pasar Kea mana bleh lupa. ramai amat orang kt sini. maybe sume dah nak balik so pakat ramai-ramai dtg borong barang. kitorang pon sempat jgk memborong pokok bunga ngn strawberi. bantal tu awal-awal dah kena warning dgn awin. dia tak bagi beli.

rasanya ada lagi tempat kitorang pegi tapi lupa dah. kitorang lunch kt satu kedai makan ni. nama dia Restoran Bahagia klo tak silap. memang tak recommend langsung la kt sini. tak pandai layan customer. boleh plk tengah-tengah nak makan ni dia nak alih meja kitorang. ciss! tunggu la sampai kitorang siap makan pastu alih la nak cantum balik ngan meja lain.

pastu kitorang pegi checkin Strawberry Park Resort then rehat-rehat jap pastu kuar balik cari dinner. korang paham la kan cameron ni klo malam-malam agak scary. senyap n gelap. kedai pon tak banyak bukak. so kitorang tapau siap-siap kfc tuk dinnner. hehe

ini la view resort kami..=)
luas ok.bleh main kejar-kejar..muahaha
model toilet.. =P
toilet pon punya la luas..fuhh

yg penting ada balkoni..hehe

esok melepak kt resort, pegi breakfast pastu checkout. santai-santai je holiday kami. hehe otw balik tu sempat singgah kt air terjun lata. ^__^

singgah jap masa otw nak balik..
model tak berbayar..haha

air terjun lata
pokok bunga daisy..dah mati dah pon.sobs
antara kaktus yang ada kt umah sampai skarang..hehe
** bila kita nak pegi holiday lagi ni dear =P

Thursday, July 3, 2014

Baby brown buat perangai

Thursday, July 03, 2014 0
Baby brown buat perangai
alahai time pose ni la ko nak buat perangai ye. boleh plk tetiba enjin kete kesayangan aku ni tak nak hidup. majuk sbb aku nk angkat duke 200 kah? hahaha *berangan je lebih

wish list..haha
ni ha, cite pagi td. fresh lagi aku bg kt ko. selalu ngadap cite basi je kan. time pergi keje tadi, ngam2 lepas isi minyak kt shell kete aku tak leh nak start. bateri kong! sket je lagi nak sampai ofis. tapi ok jgk la dia nak buat perangai kt shell camtu. pandai dia pilih tempat. haha buatnya klo tetiba mati kt tengah jln. tak ke naye kena maki ngn org lain. nak kena tolak tepi lg satu hal.

then awin try la mintak tlg kawan ofis dia. tp last2 tak jd dtg sbb tak tau jln nk ke shell after tol nkve tu. aku sndiri pon tak tau jln cmne nk ke situ klo dari arah kelana jaya. tp sbenarnya boleh je lalu ikut dalam building glomac tu. tp tak pe lah. sume dah selamat. hehe

tapiiiii...disebabkan kete buat hal ni la aku bleh tau bpe point bonuslink card aku tu. tuk pertama kalinya aku redeem bonuslink sbb jumper. korang klo takde jumper dlm kete jgn risau ye sbb korang bleh redeem jumper guna bonuslink korang je. tapi nak kena ada 2800 point la untuk jumper ni. balance point aku tinggal 6ribu lebih je. sobs sket kan? haha

satu hal jgk bila kita nak mintak tolong ngan orang ni. bukan main payah lagi. betul la org kata, orang kita jgk yg suka menolong. means org melayu. klo tak caye tengok la time ade excident, sume yg benti tu orang kita. orang cina india mne?bukan nak racist ok. haha dorang sibuk cari rezeki kot. =D sama la ngn hal aku td. agak kurang bernasib baik sbb yg benti isi minyak td majoriti cina ngan india je. bila pegi tanya memang dorang ckp tak reti, no time. pastu laju2 start kete blah. mamat melayu plk rmai naik moto je. ade sorang brother ni dah beriya nak tlg tapi dia naik bmw. so bateri dia ade cover lain. dah tak boleh kt situ. mujur la ada mamat naik kancil ni sudi nak tlg jumper. try start 2-3 kali Alhamdulillah hidup. tenkiu ye bro! jasamu dikenang!

terus kitorg pecut pegi honda centre kt glenmarie shah alam. sambil tu call blk org towing ckp tak yah dtg kete dah bleh jalan. cancel towing. org towing dah otw sbb kitorg call insurance punya orang suh datang tolong. hehe

yang aku peliknya kete aku ni baru je setahun lebih tapi bateri dah kong.kitorang tunggu lampu check enjin padam dlu kot tiap kali nak start kete. alahai nasib la ko tak buat hal time otw balik raya nanti.

ok lah. nak sambung keje dah. hari ni half day bini lain plk yg sakit. haha

** pening takde idea nak buka masak apa hari ni...

Wednesday, July 2, 2014

Pengalaman 1st trimester..as a dad to be

Wednesday, July 02, 2014 0
Pengalaman 1st trimester..as a dad to be
cheewaaah..macam aku plk yg pregnant kan?hahaha meh sini aku nak cite sket kt korang pengalaman 1st time aku menjaga cik puan awin sepanjang baru 13 minggu usia baby kami ni.

lepas je kitorg balik dari 1st checkup kt pmc, sakit perut awin lagi menjadi2. awin memang dah ada gastrik so bila dia pregnant effect gastrik tu jd lagi teruk. bayangkan la klo gastrik bese pon dah sakit ni lagi la cmne kan.alahai ni doc sndiri yg ckp ok. bukannya aku yg memandai.

rabu 14 mei 2014 malam tu awin dah tak tahan sangat. so aku pon bawak la pegi hospital sg buloh. smpai sana dorg refer plk kt bahagian O&G. (tuk ibu-ibu mengandung). ni ha aku nk ckp kt ko. aku tunggu sampai dah tertido kt kerusi. pastu aku msg awin ckp nk masuk tdo kt dlm kete. sbb time tu nurse suh awin duk kt dalam dah.tp tanpa sbarang rawatan lg ok. kitorang sampai sane belom pkul 10 malam. bayangkan la pkul 2pagi blom ada doc yg dtg tgk wife aku ni. last skali tetiba awin dtg kt kete ajak balik. fuhhh memang sangat hampeh la servis dorang time malam mcm ni. doc yg btugas pon 2 org je. sempat mati dlu klo ade yg kronik. kecewaaaa.. last2 aku bawak pegi pmc jgk. doc kt sana pon mcam dah malas2 sbb dah lewat pagi. kul 3 kot! bg ubat tahan sket pastu blk.

esok pagi kitorg pegi hospital klang. nasib baik servis tiptop. terus dorg amek wheelchair then bawak awin masuk yellow zone. cucuk kasi masuk air jgk la sbb awin memang dah lemah sangat.

yellow zone hospital klang

then start la every week mesti ada aku EL or MC. klinik ngan hospital tu memang dah bese la.yellow zone ke, green zone ke sume dah masuk. sampai pernah amek EL seminggu blk berehat kt kg.tapi aku still keje kt kl la.haha gastrik ni klo korang tau terjadi sbb tak mkn kan? kes awin ni cmne nk mkn? asal suap je muntah. even air masak pon tak leh nk mnum. nasib baik skarang dah bleh mnum tu pon air mineral cactus je. haha demand btol baby abi ni.

siyes aku ckp kt ko cuti aku dah bleh kira je skarang ni. ntah2 dah abes kot. klo awin tu jgn cakap la. HR dia ckp cuti dia memang dah abes dah pon. lepas ni cuti tak bergaji la ye..hehe

green zone hospital klang
hanya Allah saje la yg tahu cmne kuatnya awin lalui sume ni. setiap hari badan melepekk je tak larat nk buat pape. nak makan pon tak larat. nak mnum tak boleh. terpaksa gagahkan diri pegi keje jgk. klo orang lain maybe muntah2 bese tapi still ada selera mkn macam bese. stok makanan try n error jgn ckp la. sume biskut, oat, nestum ada kt umah. sape la nk abeskan nnt tu. klo korang pompuan, berdoalah moga alahan korang tak seteruk mana dan diberikan nikmat kesihatan spanjang korang pregnant. klo korang laki, sentiasa la ada disamping wife korang. saat ni la dia sangat2 perlukan kehadiran korang. sokongan korang. kekuatan korang. sentiasa ada untuk dia ye. ^___^


oh ye. pasal makanan. ni ha aku nak cakap honestly aku dah takde idea nak masak apa dah. oleh sbb awin tak leh langsung mkn pedas skarang n alahan dgn bau masakan so tugas memasak tu aku la yg kena pikul. hehe sume resepi aku dah try. nnt klo rajin aku story ye pasal menu-menu tuk ibu mengandung tu sume ye. skarang ni antara yg bleh masuk tekak awin yg pernah aku masak bihun goreng, megi goreng, nasi goreng cina, macaroni goreng campur tuna, lauk paprik, masak kurma, kari, sayur air, lemak sayur, ayam masak kicap, ikan masak kicap, sup ayam. tapi skarang masak lemak sayur, sayur air ngn sup ayam dah tak ngam ngan perut awin. dia dah tak nak makan. so kena la pikir idea lain plk. any idea pleaseeee. hehehe sume food tu tak pedas ok. aku gantikan cili boh dgn sos prego je. so nampak merah tapi rasa masam2 manis tomato je sbnarnya. bleh jugak buat tuk jd makanan baby kitorg nnt. hehe

ok la tu. sampai ketemu lagi nanti ye.jgn takut plk nak pregnant.hehe doakan awin cepat sihat dan kuat =) 

Tuesday, July 1, 2014

Dad to be!..

Tuesday, July 01, 2014 0
Dad to be!..
Selalu ibu2 je yg suka post pasal ni kan? ah lantak la. aku pon nk story jgk. biarlah cite da agak basi pon. baru je ada kelapangan.haha

Aku ingat lagi 11 mei 2014 ahad. pagi tu spatutnya kitorg pegi jog kt taman layang-layang kepong n anta skali oat choco yg kawan order tp tak jadi sbb awin demam. dah 2 minggu jgk la awin tu demam. selalu gastrik muntah2 n tak leh mkn pape. sekali tu dia pegi klinik nk amek mc smpai pitam. alahai

tengahari tu dia dah tak tahan sangat. sakit perut dah mencucuk sangat2 katanya so aku pon siap2 la bawak pegi hospital sg buloh. pegi klinik ni paham2 la. check sket2 pastu bg ubat.

kt spital ni yg jd lamanya bkn sbb org ramai, tapi sbb awin tak leh nk kencing. doc mintak nk buat urine test la kan tapi dia tak bleh jgk nk kencing. dah abes sbtol air mineral aku pegi beli air kotak plk. akhirnya dapat la even sket.haha yg bagusnya skarang ni bila nk g hospital, awin memang akan mnum siap2 air kt umah. prepare awal2 katanya. haha

aku tak folo masuk sbb doc tak bagi. bila kuar je aku nampak muka dia blur. aku pon tanya la kan. kenapa ni?..pastu awin tunjuk upt tu. siap doc masukkan dlm plastik suh tunjuk kt husband. awin ckp dia pregnant.bila aku dengar je aku dah tak leh nk respond pape.speechless! blurrrr jap. btol ke ni. mimpi ke ni? aku siap tanya awin lagi, btol ke ni? subhanallah allahurabbiii..

upt yg doc bagi
yela kan kitorg memang tak terpikir pon ke arah tu. biar pon hati tu sentiasa mengharap. tapi tiba2 Allah nk kasi. mcm tak percaya. makan masa jgk la nk percaya berita yg tersangat gembira ni.besarnya nikmat ujian Mu ya Allah. memang terasa manisnya penantian kami selama ni.

aku ckp kt awin, "tak pe lah. nanti kita pegi klinik scan ye..". kitorg tak pergi terus hari tu sbb awin pon dah tak larat nk kemana2.balik tu kitorg singgah guardian dkt ngn umah beli upt. bukan 1 tapi 2. punyalah nk check kot2 doc td ade buat silap. beli yg murah 1, then 1 lg upt Clear Blue.ptg tu jgk awin check guna upt yg murah.haha yg clear blue dia test esok pagi. sah! result clear blue tu pon dah buat kitorg happy. ^__^

hehehe..usia mencecah 5 minggu
cuti wesak 13 mei, selasa tu baru kitorg pegi ke putra medical central kt bukit rahman putra. awal2 pagi lagi dah terpacak kt sana. aku bleh nampak menyala2 sinar happy kt muka wife tercinta aku ni. saat scan perut awin and tgk baby dah ada kt dlm tu, fuhhh gembiranya tak terkata.

hye baby abi ngan umi..;)
mungkin aku tak rasa seperit yg awin rasa. yelah pompuan ni akan lebih terasa bila sume org asek tanya je dah ade isi belum. dah ade anak belum. senyum je la yg mampu stiap kali org tnya cmtu. dah lali. bnyak kali dia mengadu kt aku betapa jelesnya setiap kali dgr cite kawan2 dia yg pregnant. Alhamdulillah kali ni rezeki kami plk.

klo nk ckp pasal ubat or pape ikhtiar memang kami ada usahakan. tapi aku tak berani jamin mne satu yg berkesan. kitorg pernah amek susu kambing dgn madu,kurma, mnum air rebusan buah zuriat, pegi berurut, mkn segala mcm ubat termasuklah ephyra dan shaklee. cuma blom jumpa doc je lg sbb memikirkan baru masuk tahun ke 2 perkahwinan kami.

kepada mereka yg masih berusaha tu ingatlah, Allah maha berkuasa. jgn pernah putus asa. sentiasa la meminta dengan Nya sbb Dia suka melihat hamba dekat dgn Nya. mungkin belum tiba masanya.

Alhamdulillah hari ni dah masuk minggu ke 13 usia kandungan baby kami. moga semuanya selamat hendaknya. aminnn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...