BAKSIS OKU - SHAWAL MOHAMAD

Saturday, December 4, 2010

BAKSIS OKU



Salam...

Sedar tak sedar skg da masuk bulan Desember. Sebelum November melabuhkan tirai, sempat juga aku menggunakan baki hari terakhir untuk berbakti sedikit pd masyarakat golongan oku.


BAKSIS OKU atau nama penuhnya Program Bakti Siswa OKU 2010 dianjurkan oleh UPSM UKM telah selamat diadakan di daerah Rembau bermula pada 29 dan 30 Nov 2010 dgn jayanya.

Secara kasarnya program ini diadakan bagi mendekatkan mahasiswa dgn golongan masyarakat yg selalu terpinggir atau kurang mendapat perhatian khasnya oku. Pengalaman makan bersama, berbual dan beramah mesra dgn golongan istimewa ini sangat berharga.

ucapan aluan oleh pengurus bengkel

BAKSIS OKU melibatkan 2 tempat iaitu Bengkel Seri Sembilan dan Bengkel Mini Desa. Golongan oku sebenarnya sangat hebat. Mereka mempunyai bakat yg kadang2 kita org normal pun tak de. Ada antara mereka merupakan atlit, penari, band kugiran, pandai menjahit, mengayam dan macam2.








warga bengkel menjalankan kerja membuat sampul surat

Kepada anda sume, anda memang patut datang ke cni. InsyaAllah jika ada rezeki akan aku datang lagi.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...