Serangga Kasut Koyak~ - SHAWAL MOHAMAD

Wednesday, March 23, 2011

Serangga Kasut Koyak~


Saban hari
langit sentiasa menangis
sudah musim agaknya
bukan mengeluh
bukan merungut
hujan itu satu rahmah
memberi nafas penghidupan
pada serata alam

Namun..
kami hanya serangga
yg beroda dua
setiap hari berjuang untuk sampai ke sarang
mencelah kesibukan
lari dari kebingitan

Kasihani kami
wahai raksasa beroda 4
janganlah menghimpit kami
janganlah cemburu pada kami
hanya serangga kecil
tiada pelindungan
tiada perisai

satu pagi
kaki serangga dipijak
oleh roda raksasa
ohh sakit!

tolong kami
bagilah kami laluan
bagilah kami ruang
kerana matlamat kita satu
laluan kita satu
negara kita pon satu

~sekian dulu bebelan ptg nih~

p/s: kaki aku kena pijak dek kete time benti kt raoundabout weh!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...