Bekam Kaki.. - SHAWAL MOHAMAD

Wednesday, June 17, 2015

Bekam Kaki..

Ok ni cite basi. sambil godek2 gambo dlm fon ternampak gambo kaki aku ni ha. haha terasa la nak story sket. meh aku kasi intro kt korang. first time kena bekam ni. ye first time! hahahaha

pagi sabtu beberapa minggu lepas *memang story lama..nasibla..haha bila aku bangun je dari tdo, kaki kiri ni dah sengal semacam. rasa macam krem. tp selalu klo krem sekejap je. aku tau la cmne nak hilangkan krem kaki aku ni. ratakan tapak, diri tegak2. krem tu hilang lah. tapi sengal yg ni tak hilang jgk. dia punya rasa...fuhhhh menyucuk-nyucuk!

tapi aku ignore je la. aktiviti weekend pon buat cm bese. lepas aira mandi siap sume kitorg pon kuar g setia city mall. pusing2 mall jap. time tu la kaki aku dah tak nak hilang sengal dia. tekan tapak kaki smbil jalan cmne pon sengal makin kuat. nak solat jgn cite lah. dah macam oku.

blk je dari mall terus pegi cari tempat urut. ingat nak suruh dia tengok sket2 nape jd cmtu. tp belum sempat ckp banyak dia dah bagitau kaki kena gout. banyak kolestrol, banyak asid dalam darah so dia urut dulu then buat bekam. aku layankan je la asalkan sakit kaki ni hilang. kaki normal je tak bengkak tapi dia tau kaki kiri aku yg problem. dahsyatttt..org berilmu la kan. memang hebat. kedai dia pon takde pasang kipas ekon sume, tapi duk situ sejuk je rasa. khasiat al quran mungkin =)

alamak..censored la plk baju tukang urut ni..hehe

nah..cmni la kuar ketul-ketul

parut yang tinggal..hehe
ok. kos urut kaki + bekam ni total RM98 klo tak silap. bekam tu agak ngeri jgk la sbb aku tak tau pon yg kena toreh ngn mata pisau gillette. wife aku smpai tak berani nak tengok masa dia toreh tu. klo kena cucuk jarum berani plk dia. hahaha

alhamdulillah pagi ahad tu dah lega sket kaki ni. bleh la solat dengan senang hati. bleh la jalan laju2. hehe isnin kot dah hilang terus. ajaibnya kuasa Allah. sekejap je dia bagi sakit. sekejap jgk dia boleh bagi penawar. =)

**klo bekam badan dia toreh jgk ke..ngeriiiii

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...