Review Avengers Infinity War - SHAWAL MOHAMAD

Tuesday, May 1, 2018

Review Avengers Infinity War


Memandangkan ramai yang dah buat review dan tak kurang jugak yang bikin spoiler, so aku pun nak review jugak la sikit 😛

Semalam aku layan ngan wife aku. Dapat voucher tgv free so claim la untuk movie Avengers ni. Dapat la layan free kan? kih kih

Ok dalam bebanyak siri Avengers, aku rasa yang ni paling gempak. Filem berdurasi 2jam 30minit tapi ko tak rasa lama pun sebab banyak aksi dan best!

Kisah dia pasal batu infinity. Korang layan kan siries sebelum ni? So korang tahu la apa tu batu infinity ye. Ada si Thanos ni cuba nak dapatkan kesemua enam batu tu so dia sanggup buat apa je asalkan dia dapat apa yang dia nak.


Infinity Stone
Jalan cite dia memang straight forward. Banyak action dan ramai hero. Tak boleh cerita banyak sangat nanti nanti spoiler plak 😂

Ni list cerita yang korang kena follow
    1. Captain America The 1st Avenger
    2. Iron Man
    3. Iron Man 2
    4. The Incredible Hulk 2008
    5. Thor 2011
    6. The Avengers
    7. Iron Man 3
    8. Thor The Dark World
    9. Captain America Winter Soldier
    10. Guardian of The Galaxy
    11. Guardian of The Galaxy 2
    12. The Avengers Age of Ultron
    13. Ant Man
    14. Doctor Strange
    15. Captain America Civil War
    16. Black Panther
    17. Spider-man Homecoming
    18. Thor Ragnarok
So kalau korang belum tengok cite ni semua jangan pulak tanya nanti kenapa Loki baik, kenapa Thor dah takde mata satu, kenapa Hulk ada kat angkasa lepas?

Sape yang tengah pegang infinity stone
Dalam filem kali ni dorang lawan kat dua tempat. Iron Man, Dr. Strange, Spider Man dan team Guardians of Galaxy lawan kat tempat Thanos iaitu Planet Titan. Team Captain America, Black Panther, Hulk, Thor pulak lawan di Bumi kat Wakanda.

Korang jangan la expect happy ending sebab Thanos berjaya dapat kesemua enam batu infinity tu. Filem ni aku rasa akan ada sambungan dia sebab ending dia masih tergantung. Please jangan emo sangat nanti ye.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...