Al Kisah Pekerja - SHAWAL MOHAMAD

Friday, July 10, 2009

Al Kisah Pekerja

Al kisah...

Anda mempunyai satu syarikat.kemudian anda juga mempunyai ramai pekerja. Pekerja anda terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan umur.

Anda seorang yang sangat rajin. Anda berusaha keras untuk melihat syarikat anda maju dan terus berkembang.

Anda selalu turun padang untuk melihat pekerja anda.Bagus.Memang bagus.

Dalam ramai-ramai pekerja, ada seorang pekerja yang sangat menonjol. Seorang yang mampu memberi idea kreatif, membuat perkara yang orang lain tak sangka.Apa yang anda akan lakukan pada orang seperti ini???

Anda memang sangat berharap pada orang seperti ini.Anda beri dia tugasan berat.tugasan yang menggunakan otak. Saban hari jasa pekerja anda itu makin bertambah.

Tapi anda terlupa.Anda terlupa untuk menjaga kebajikan pekerja anda itu.Orang sebegitu hanya satu dalam seribu.Ibarat semut hitam di atas batu hitam. Anda perlu menjaga pekerja tersebut. Anda perlu hulurkan pertolongan. Jangan hanya memberi tekanan.

Ingat, dia hanya pekerja. Yang boleh berhenti kerja. Tapi jika dia berhenti, yang datang tak mungkin sama dengan yang terdahulu.

Hargai pekerja anda.fahami jiwa mereka.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...