Rumah Pertama: Mula dengan yang sederhana - SHAWAL MOHAMAD

Wednesday, July 9, 2014

Rumah Pertama: Mula dengan yang sederhana

sape yg tak nak ada property sendiri kan? lagi la zaman sakarang ni. nilai hartanah naik sekali ganda setiap tahun. kajian pon dah banyak yg nyatakan anak muda zaman sekarang memang tak kan mampu miliki rumah klo gaji tak seberapa. fuhh dahsyat hidup kita sekarang kan? dulu mak bapak kita nikah umur belasan pon boleh hidup kekal bahagia sampai tua. siap boleh wariskan harta lagi. kita? harta apa pon tak de. 

boleh dikatakan kita sebenarnya lagi miskin daripada nenek moyang kita dulu yang tak sekolah. sebab? hidup kita dibebani dengan hutang keliling pinggang.


betul la kata orang, sampai bila kita nak menyewa kan? bayar bulan-bulan tinggi tp rumah orang lain. betul tak? klo zaman bujang tu boleh la lagi tapi klo dah ada anak bini agak tak seronok la nak duk menyewa ni. sebab feel bujang ngan berumah tangga lain. siyes lain. klo korang tak caya korang try la kawen. haha klo bujang maybe korang tak banyak spend masa kt umah tp bila dah kawen ni, hobi pelik-pelik akan dtg. korang akan banyak abiskan masa kt umah. nak bercucuk tanam la. nak deko umah la. nak cat dinding la. klo umah orang lain? sume terus terbantut.

klo korang nak beli rumah, nasihat aku jgn terus beli rumah besar gedabak tu. unless klo korang memang dah keje lama, anak pon dah besar sket, kewangan pon dah stabil so ok la kot. tapi klo korang tergolong dlm golongan macam aku ni. keje baru skejap pastu terus gatal nk kawen baik la cari rumah kecik-kecik je dulu.


lagi pon bukannya rugi klo korang bermula dengan property kecil macam apartment, flat or townhouse. korang boleh saving duit korang untuk perkara yg lebih penting. bak kata orang kampung aku, slow and steady..tak slow tak menjadi..haha maybe after 5 or 10 yrs korang bleh la jual umah td tu dan beralih ke rumah yg korang rasa lg sesuai.

cuba korang bayangkan. harga rumah 2stry skarang range 400k so monthly korang kena bayar 2k tuk loan rumah sahaja. belum kira loan kereta, bil letrik, air, astro, barang dapur sume. so klo gaji korang 3k tolak bayar rumah tinggal 1k. camne korang nk hidup sebulan dengan 1k tu. belum kira emergency kes klo kereta rosak dan sebagainya lg tu. pokaaaiii! haish mencabar betul hidup sekarang kan?


umah aku skarang pon townhouse je. alhamdulillah ada jgk aset. ^__^ klo nak diikutkan memang la gaji aku ni boleh lepas loan untuk umah yg lagi besar tp bila memikirkan monthly payment yg aku kena bayar terus tak jadi. umah cantik, kete besar tapi poket koyak tak guna jgk kan? hehe

ape nak buat. kita hidup di zaman kapitalis. zaman dimana orang buat duit atas kesenangan orang lain. =)

tak pe bersabar sekejap je ye. insya Allah lepas ni ada rezeki untuk kita semua. jeles memang la jeles bila tgk umah org ada laman luas.betul tak? hehe tepuk dada tanya poket.jgn sampai kita kaya dengan hutang je. =D

** bilik baby blom deko lagi ni..hehe ;)
** bosan keje boss tak datang..

2 comments:

  1. hehehe...mood nak deco bilik baby tu blom smpai laa..sobsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe..awal lg.nant dah akhir tahun bru buat..=P

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...