SHAWAL MOHAMAD

Thursday, June 18, 2015

Happy Birthday Sayang!..

Thursday, June 18, 2015 0
Happy Birthday Sayang!..
Happy birthday to you...happy birthday to you....happy birthday to noor azuween...happy birthday to youuuuu...

hehehe..happy birthday sayang. moga panjang umur dipermudahkan segala urusan. moga kita sekeluarga sentiasa hidup dalam redho Nya.

terima kasih untuk segala sokongan. sentiasa ada bila abg jatuh. sentiasa tolong abg bila abg memerlukan. you complete me my dear. love you to the moon and back.

maafkan segala kekurangan segala kekhilafan abg ye. moga jodoh kita kekal sampai syurga. insya Allah =)



lepas ni bleh la masak kek selalu ye. dah dapat oven besar tu. =P




haaaa...hari tu hantar bunga kt ofis abg kan..ni kita bagi kt dia balik. hahahaha payback time =P



Wednesday, June 17, 2015

Bekam Kaki..

Wednesday, June 17, 2015 0
Bekam Kaki..
Ok ni cite basi. sambil godek2 gambo dlm fon ternampak gambo kaki aku ni ha. haha terasa la nak story sket. meh aku kasi intro kt korang. first time kena bekam ni. ye first time! hahahaha

pagi sabtu beberapa minggu lepas *memang story lama..nasibla..haha bila aku bangun je dari tdo, kaki kiri ni dah sengal semacam. rasa macam krem. tp selalu klo krem sekejap je. aku tau la cmne nak hilangkan krem kaki aku ni. ratakan tapak, diri tegak2. krem tu hilang lah. tapi sengal yg ni tak hilang jgk. dia punya rasa...fuhhhh menyucuk-nyucuk!

tapi aku ignore je la. aktiviti weekend pon buat cm bese. lepas aira mandi siap sume kitorg pon kuar g setia city mall. pusing2 mall jap. time tu la kaki aku dah tak nak hilang sengal dia. tekan tapak kaki smbil jalan cmne pon sengal makin kuat. nak solat jgn cite lah. dah macam oku.

blk je dari mall terus pegi cari tempat urut. ingat nak suruh dia tengok sket2 nape jd cmtu. tp belum sempat ckp banyak dia dah bagitau kaki kena gout. banyak kolestrol, banyak asid dalam darah so dia urut dulu then buat bekam. aku layankan je la asalkan sakit kaki ni hilang. kaki normal je tak bengkak tapi dia tau kaki kiri aku yg problem. dahsyatttt..org berilmu la kan. memang hebat. kedai dia pon takde pasang kipas ekon sume, tapi duk situ sejuk je rasa. khasiat al quran mungkin =)

alamak..censored la plk baju tukang urut ni..hehe

nah..cmni la kuar ketul-ketul

parut yang tinggal..hehe
ok. kos urut kaki + bekam ni total RM98 klo tak silap. bekam tu agak ngeri jgk la sbb aku tak tau pon yg kena toreh ngn mata pisau gillette. wife aku smpai tak berani nak tengok masa dia toreh tu. klo kena cucuk jarum berani plk dia. hahaha

alhamdulillah pagi ahad tu dah lega sket kaki ni. bleh la solat dengan senang hati. bleh la jalan laju2. hehe isnin kot dah hilang terus. ajaibnya kuasa Allah. sekejap je dia bagi sakit. sekejap jgk dia boleh bagi penawar. =)

**klo bekam badan dia toreh jgk ke..ngeriiiii

Friday, June 12, 2015

Kerusi Baby Ikea

Friday, June 12, 2015 0
Kerusi Baby Ikea
kerusi khas untuk aira. kesian selalu time kitorang makan kena letak kt carrier sebelah meja. dia duk tengok je dari bawah. klo dukung skali nanti dia duk capai-capai. kang ada yg pinggan terbalik. hehehe

baby chair ni beli kt ikea je. rm 49. nk pasang sendiri pon senang. pejam mata je dah siap. so sape2 yg nk tu bleh la pegi serbu ikea ye. =)


Ni tengah pasang aira dah menyibuk nak try. tak sempat pasang kaki terus bg dia duduk. hahaha


ok dah pasang sume. terus jd big boss konker tv. sonok la tu tv dah sama level ngn dia. selalu tgk tv sambil baring je. hehehe *abaikan rumah bersepah


sendal bean pillow kecik kt perut dia tu. sbb kusi tu besar lagi. takut tersembam ke depan. tapi sekarang dah pandai. duk letak dagu atas tray depan dia tu..hehe bean pillow bleh beli kt daiso ye. rm5 satu.. =)

lepas ni kita cari ocean pool plk tu aira..hehehe

Thursday, June 4, 2015

Happy Birthday To Me!

Thursday, June 04, 2015 0
Happy Birthday To Me!
Assalamualaikum...

Happy birthday to me..happy birthday to me..happy birthday to abi aira..happy birthday to me...hehehe

Kejap je dah bulan 6 kan? jap lagi pejam celik pejam celik habis la tahun ni. Oh ye, sebenarnya birthday dah lepas. tapi baru berkesempatan nk story kt sini. hehehe

Citenya gini..last week 29 hb mei jumaat duk melangok kt ofis mcm bese sbb takde keje. then kul 10 cmtu ada org ajak masuk meeting. bateri enset plk tgh low so tinggal je la kt meja then pegi join meeting. dekat kul 12 camtu mintak keluar sbb dah nk pegi masjid. solat jumaat plk weh. yg lain tu non muslim so pedehal.

naik je atas pegi kt meja tgk ada misscall. call blk dia tak angkat la plk. pastu dia call gtau suh turun amek brg. ok la kan. baru je naik nk kena turun lagi. exerciseeee.. hehehehe

sampai je bawah...tadaaaaaa ada ferrero roche, ada bunga, ada ballon birthday. heheheh senyum sampai ke telinga gitu =D merah muka jap *biarlah hitam tak nampak merah pon =P thank you my isteri sayangku. muaaaaaahhh!!! i love you so mucho mucho!!!

pas tukang anto tu amek gambo, slow-slow usha line nk bawak naik atas. hehehe dgn pantas dan tuntas berjaya bawak je meja. ada jgk la yg perasan. tp buat donno je.. hehehe

hehehe..thank youuuu ;)






eh birthday aku 30 mei tau. ni saje la wife nak awalkan sbb 30 mei tu hari sabtu n kitorg memang dah plan nak celebrate ramai-ramai kt kg batu pahat esoknya. nak buat cmne. ahli family kitorang memang ramai yg lahir bulan 5 dan 6. so bundle skali je terus. hahaha

yeyyy dapat kek..sedappp =)

si kecik aira mana? hehehe

tadaa..ni lah kami..;)

my wife..my everything..=)

**birthday wife dah tak lama nih..hehehe

Saturday, April 25, 2015

Alhamdulillah...

Saturday, April 25, 2015 0
Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Syukur kerana Allah masih ingat kt aku. syukur kerana Allah masih sayang kt aku. terima kasih Allah kerana hantarkan aku isteri yg cukup baik, cukup sempurna utk aku. tak jemu-jemu setia membantu dan membimbing aku. 

walaupun kadang-kadang emo tak bertempat. walaupun kadang-kadang happy teruja mengalahkan kanak-kanak. tapi itu lah pelengkap antara kita. emo aku masih ada. tapi aku simpan. moga-moga terus terhapus. kerana emo tak boleh di lawan dgn emo. biar lah aku kalah. memang aku tau aku patut mengalah. =)

Sape ckp isteri tak boleh mendidik suami? sape ckp isteri tak de peranan? kerana isteri la sesorg tu boleh berjaya. kerana isteri jgk la sesorg tu boleh hancur. jgn pandang rendah ye.

Terima kasih wifey...

Monday, April 20, 2015

Rasa itu...

Monday, April 20, 2015 0
Rasa itu...
ermmmmm...korang pernah tak rasa. rasa yg sangat tak senang. rasa yg diri ni tersisih. tersisih dari kasih sayang Allah. tersisih dari kasih sayang semua orang. wujudnya ko pon mungkin takde sape yg peduli.

kadang aku rasa, sangat tak berguna. dari kecik sampai besar sume menda yg aku nak sume tak dapat. aku nak bg parent aku senang, still tak dapat. aku nk bg wife aku happy, bawak pegi sana sini, banje apa saje yg dia nak, still bagi aku blom dapat.

aku harap sangat Allah keluarkan singa dari dalam badan aku ni. supaya aku dapat bangkit cepat. demi setiap apa yg aku hajatkan. demi setiap apa yg aku usahakan. 

Ya Allah, hanya Engkau yg Maha Mengetahui setiap segala rahsia. Jadikan aku kaya dan berjaya. Jadikan aku anak yg soleh dan dapat membantu kedua ibu bapaku. Jadikan aku suami yg memahami dan penyayang. mampu membimbing keluargaku ke jalan Mu.




Thursday, April 16, 2015

Parenthood...

Thursday, April 16, 2015 0
Parenthood...
Assalamualaikum...

Alhamdulillah baby aira kami dah nak masuk 4 bulan dah. sekejap je kan? haaa dalam masa yg sekejap tu la dah macam-macam abi ngan umi aira ni lalui demi nk tengok aira sihat. ceeewah! haha

aira baru sebulan..

memang 2 bulan pertama tu sangat tough. senang sangat aira kena kembung. malam2 je mengamuk smpai kitorang dah tak tau nk buat apa lg dah. kitorang ingat memang tak nak ajar buai, tapi dah tak tahan sangat terpaksa la guna jgk. membantu jgk la buai ni sbb ada masa dia ngantuk tapi macam susah nak tdo, haaa masukkan aje dlm tu. setel. haha

Alhamdulillah da masuk 3 bulan tu aira dah senang nk burp. kentut pon kuat jgk budak ni. tp ok la atleast dah kurang angin kacau dia. ^__^

ok dah pandai buat muka cheeky..
demam? memang senang jgk aira ni nak kena demam. masa nk inject 3bulan, kena delay sbb dia tgh demam. next week pegi inject, pastu demam dtg blk la. kena cuti lg. hehe takpe la nak, demi kamu =)

skg klo dia demam ke apa memang kitorg bogelkan je dia. lap air satu badan kasi suhu turun. bukan apa, kesian klo sket2 nak kena makan ubat. sakit je nak bagi ubat. klo boleh kitorang memang tak nak sume-sume tu sume. 

kt klinik nak kena cucuk..hehe
haa pasal nursery dia. skg anta aira agak jauh sket dari umah. kt taman sebelah. padahal kt sebelah rumah kitorang ni ada je nursery tapi bg kitorang tak bleh harap. sebelum wife naik keje, try anta kt sana 2minggu, tapi macam2 alasan plk dia bg. siap msg macam suruh dtg amek bawak balik. dah la bercampur baby ngan toddler. jaga macam tak ikhlas langsung! pffftt

then kitorang tukar la. Alhamdulillah nursery skg ni ok sket. tengahari je dia anta gambar aira tgh buat apa. klo aira meragam pon dia bgtau la dia buat apa. kira boleh harap la jgk. =)

kete rosak..kena merempit pegi nursery..hehe

saya suka melepak tengok tv..hehe

skg aira baru nak pandai2 meniarap. hehe sonok kan tengok anak membesar depan mata. bila kita besarkan anak sndiri ni baru la kita tahu betapa susahnya ibu bapa kita besarkan kita dulu. i love u mama. i love u mama :')

** aira please behave kat nursery k..abi love u =)

hi sume ..;)

kami di fraser hill :)

Tuesday, January 6, 2015

Pengalaman Sambut Si Kecil :)

Tuesday, January 06, 2015 1
Pengalaman Sambut Si Kecil :)
Assalamualaikum!

Happy New Year 2015 semua...sementara berkesempatan ni aku nak story korang moment paling paling paling sweet paling best dalam hidup aku. Moga-moga sesapa yg belum ketemu jodoh tu akan cepat-cepat kawen lepas baca n3 aku ni. hahaha

Ok. 28/12/2014 pukul 4.49 am tetiba aku dengar wife aku jerit..mulanya aku ingatkan dah terlajak subuh. tapi bila aku dengar suara tu dah macam jerit-jerit nangis+risau aku pon terus melompat bangun. tengok-tengok atas katil lantai sume da banjir. pastu wife aku cakap air ketuban da pecah.

Ok aku try tak panik. terus pegi toilet kt dapur cuci muka sume *wife aku still kt toilet dlm bilik ntah buat apa la.. then aku tanya ada pape barang lg tak nk bawak. brg asas sume kitorang dah pack siap-siap simpan dlm kete incase nk terberanak time kitorang jalan-jalan ke. aku turun start kete, angkut pape barang yg patut pastu terus pecut ke Putra Medical Centre. fuhh dalam hati doa je manjang mintak-mintak sempat sampai sana.

Sampai sana je terus masuk labor room. nurse sana pon dah siapkan bilik tuk kitorang. nasib kitorang baik sebab ada bilik single yg kosong. time tu pukul 5.30 pagi n bukaan baru 6cm. so kena tunggu dulu la. bila aku tgk keadaan sume dah terkawal aku pon pegi surau solat dlu. mintak dengan Sang Pencipta moga segala urusan dipermudahkan.

Dalam kul 7 lebih tu dia punya sakit contraction memang dah kerap datang. banyak kali jgk la loceng nurse tu kitorang tekan. si awin ni pon satu asek nk teran je. time ni memang dia dah tak pikir apa pon. klo teran terlalu awal tak bleh jgk nanti energy abes awal, cervix pon bengkak. korang la as a husband kena bantu wife korang. duk kt tepi telinga bisikkan nasihat pape yg patut. aku sampai siap kena tahan kaki awin ni tak nak bagi kaki dia naik. pantang kaki naik mesti dia nak teran. haha pesan aku, jangan sesekali tinggalkan wife korang kt dalam sorang-sorang!

Alhamdulillah kul 8 doc sampai. doc oncall je hari tu. sampai je terus dia ajar cara teran yg betul.bukaan aku tak pasti la.sebelum tu 8cm dah. korang pon kena dengar skali cara teran tu sbb nanti korang pon nak tlg wife korang bersalin. takut darah??? hahaha jgn jadi laki la..=P finally aku dah start bleh nampak kepala si kecil kitorang keluar sikit demi sedikit. Tepat 8.15 am semuanya selamat. syawin junior telah selamat melihat dunia dgn berat 2.4kg. tiba-tiba doc bagi gunting kt aku suruh guntingkan tali pusat baby. fuhhh terharu sume ada.

Memang best moment ever in my life lah! pastu aku dihalau keluar dah. doc ada nak setelkan apa yg patut la tu. aku bawak masuk barang-barang yg kitorang bawak tu ke bilik then pegi tgk baby kt bilik nursery. sejuk hati bila tengok anak sihat sume selamat. ;)


hai semua..;)

Syukur ya Allah kerana diberi kesempatan untuk merasa sume pengalaman berharga ni. saat sambut baby keluar, potong tali pusat, basuh+tanam uri bayi. bagi mereka yg belum dikurniakan peluang, insya Allah masa anda akan sampai juga nanti..;)

**masih terbau haruman baby..haruman syurga ^_^

Monday, December 1, 2014

Happy 2nd Anniversary Dear

Monday, December 01, 2014 0
Happy 2nd Anniversary Dear
Assalamualaikum!

hehehe dah dua tahun rupanya ye. pejam celik pejam celik lepas ni kita bertiga plk. tak sabar menunggu si kecil kuar melihat dunia. hehe

Alhamdulillah sayang. terima kasih kerana sentiasa bersabar dgn abang. sentiasa ada disaat abg jatuh. sentiasa memberikan abg kekuatan. 


Moga hari-hari mendatang kita akan kekal bahagia. umpama hari pertama.

Klo tahun lepas kita celebrate kt penang, tapi sorry la tahun ni kita tak dapat pergi bercuti ke mana. Takpe tunggu baby kuar pastu kita pegi bercuti ye. hehe

Happy 2nd Anniversary...
Thanks for everything my deary wife Awin Azman..;)

thank youuuu..;)


Thursday, November 6, 2014

3rd Trimester

Thursday, November 06, 2014 0
3rd Trimester
Eh eh eh...dah 3rd trimester dah ye??? Alhamdulillah usia baby kami dah pon 30 weeks+. time macam ni la kegilaan shopping barang baby sampai ke kemuncaknya. haha pantang ada baby expo pasti nak menyinggah tengok. Yang latest last week kami tak dapat nak pegi sebab balik kampung batu pahat. tapiiiiii nanti pertengah bulan ada lagi expo kt mid valley. haa korang pon boleh la pergi serbu ya. ^__^

bila dah start beli barang2 si junior ni baru la tau banyak rupanya barang-barang baby nak kena prepare. nasib la akhir tahun cmni banyak baby sales boleh la borong ngan harga murah. haha

cant wait to see you babyyy ;)

ok snowy pon tak sabar agaknya..haha

Ok setakat ni dah banyak barang tuk si junior ni. tinggal tuk umi dia je banyak lagi barang yg tak beli. excited ngan barang baby je smpai lupa barang dia. haha

hai semua..;)

nah belanja pic baby junior sekeping. comel macam bapak di kan? hahaha ni gambar detail scan kitorang buat kt subang u5. price RM160 klo korang nak try buat kt sana. dia check detail sume skali ngan bagi cd. so korang bleh la balik tgk blk cd tu kt umah.

** lepas ni dijangkakan demam nk deco umah plk..ngee



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...