Bosan ker?? - SHAWAL MOHAMAD

Thursday, July 22, 2010

Bosan ker??



"Nak ke mana tu bang??.."..sapa Arabe' sebaik saja aku keluar dari bilik UPSM. Jam menunjukkan pukul 10.43 pagi. Aku pun tersenyum sabil menjawab "nak balik bilik la..".

Mungkin kurang dengar dengan jawapan aku td maka rabe' bertanya lagi soalan yang sama dan jawapan yg sama juga aku jawab.

"Balik bilik??nak buat apa??.."

"saje.."

"bosannya.."

"apa lak nak bosan..minum kopi, baca surat khabar.." balasku pada rabe. Tapi dalam hati kecil aku berkata memang bosan pun. Nak buat macam mana. Dah veteren ni kena la bersara dari semua ni.

Kemudian aku terus bergegas mengambil tenggiling biru aku yg tersadai dan terus memecut balik ke bilik tersayang di Kolej Aminuddin Baki.

Rutin harian aku sem ni memang banyak dihabiskan di bilik. Setiap hari aku akan ke pusanika untuk beli surat khabar dan singgah sekejap di bilik keramat UPSM. Selepas tu baru lah aku akan pulang semula ke bilik.

Apa pula rutin aku di bilik??haaa..itu biarlah rahsia. Hanya golongan terdekat sahaja yg dibenarkan ke bilik aku ni. Pemandangan luar tingkap bilik aku cukup nyaman. Mengadap hutan. Seronok melihat pokok melambai2 ditiup angin.

Ok lah. Masa untuk makan dah tiba. Jumpa lagi di lain sesi..=)

inilah temanku yg setia menemani aku di bilik..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...