Bantulah Kami - SHAWAL MOHAMAD

Saturday, August 7, 2010

Bantulah Kami


Salam...

Pesanan ini khas kepada kaum hawa di luar sana. Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon pertolongan dari anda semua. Semoga Ramadhan yg bakal menjelma ini membukakan pintu hati kita untuk menambahkan amalan dan mendekatkan diri kita kepadaNya.

Apakah bentuk pertolongan yg ingin saya pinta?? Mudah saja. Hanya jaga aurat anda dan juga pakaian anda. Janganlah berpakaian ketat kerana ia serupa seperti anda bertelanjang. Kami kaum adam hanya mempunyai 1 nafsu. Tapi nafsu yg 1 inilah yg sangat sukar dikawal.

Saban hari kita mendengar perkara tak enak keluar di dada akhbar sehingga kerajaan menganjurkan kempen Kami Perihatin bagi menyedarkan kes salah laku sosial. Persoalannya apakah punca berlaku kejadian sebegini??

Saya bukannya mahu menuding jari menyalahkan sesiapa. Memang sudah dijadikan lumrah untuk lelaki berpasangan dengan perempuan. Tapi janganlah sampai berlebihan sehingga melanggar batasan agama. Untuk apa anda memperagakan diri di khalayak ramai?? Cukuplah anda berhias untuk tatapan suami anda kelak.

Apabila dinasihatkan sesetengah mereka dengan selamba memberi alasan sudah terbiasa dan tidak mahu bersikap hipokrit. Alahai..tahukah anda berapa banyak dosa yg sudah anda kumpul?? Seurat rambut itu 40tahun balasan api neraka. Dan setahun neraka tak sama dengan setahun di bumi.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya" - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...