Sindrom Dewasa - SHAWAL MOHAMAD

Monday, October 18, 2010

Sindrom Dewasa

Ketika kecil kau
seronok riang berlari ke sana sini
bermain guli, gandu, tuju tin
tiada siapa peduli

menjelang akhil baligh kau
mula menyendiri
belajar menyesuaikan diri
excited pun ada

tapi
kau masih kecil
belom dewasa
masih banyak yg perlu dipelajari

cuma
bila kau nakal
merayau merata
balik lewat
siap sedia lah
bebelan pasti bertandang
kerana mereka risau
mereka sayang kau

bila dewasa datang
tanggungjawab pun bertambah
impian pun bercambah

jika semalam bermain guli
hari ini bermain lappy
jika semalam tarik pelepah kelapa
hari ini tak kurang beroda empat
jika semalam main pondok2
hari ini mencari umah sendiri

jiran tetangga pula sibuk bertanya
bilakah mereka dapat merasa
nasik minyak istimewa

Adakah ini DEWASA??
mencari arah sendiri
membuat keputusan sendiri
mengumpul aset sendiri

Ooh..cepatnya aku dewasa~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...