SHAWAL MOHAMAD

Sunday, October 10, 2010

Tarikh-tarikh Cantik

Sunday, October 10, 2010 2
Tarikh-tarikh Cantik
Alang-alang da tersebut sket pasal tarikh hari ni 10.10.10 td, terasa nk listkan lak tarikh2 lain. Bukan ape, untuk rujukan kalian sume jgk.haha
Ni ade sedikit tarikh la yer. Tapi kena tgk pd hari jgk. Klo tarikh da cantik tp hari plk tak kena, tak leh jugak. Btol tak?? Tanya la dlu org tua2 klo pasal hari ni. Lebih2 lagi klo nk berumah tangga. Banyak tul pantang larang org tua2 kita. Klo tersilap pilih hari, leh jd tak bahagia. *jgn percaya sgt ey..
Wokey2. Dan tarikhnya adalah...teng3x
10.10.10
20.10.2010
09.10.11
11.11.11
20.11.2011
12.12.12
20.12.2012
11.12.13
Tarikh ni dlm tahun terdekat ni je. Maybe klo usia da meningkat, akan keluar pula tarikh lain.haha
Catat la memori berharga korang dlm mne2 tarikh di atas. Tarikh roadtex mati pon boleh.wakaka
p/s: sume nk tarikh bergaya..haish

Ku Tak Sabar

Sunday, October 10, 2010 0
Ku Tak Sabar
10.10.10
Nampaknya tahun semakin menghampiri ke penghujungnya. Tak lama lagi tahun 2011 pula akan tiba. Ohh tak sabar plk aku nk menghadapinya.
Sem ni sem last aku kt UKM. Bermakna by end of dis year aku akan bebas. Bukan bebas dari penjara ye. Tapi bebas dari bergelar student. Ohh tak sabar..
Banyak perancangan dlm kepala aku ni. Minta2 segala yg aku rancang dipermudahkanNya. Iye la. Kita hanya mampu merancang tapi segalanya ditentukanNya. InsyaAllah.
MISI 2011
Cari keje
Kompol dwet bnyak2
Beli aset2 yg patut
*2011 takleh kawen ag..hek3
Mesti ramai yg tak melepaskan peluang mencipta sejarah mereka pd hari ni kan?? iye la hari ni kan tarikh cantik. 10.10.10. tapi klo ditulis 10.10.2010 tak bape nk cantik la kan..haha
Kepada mereka2 yg menikmati hari ni, selamat bergembira la ye. Dan semoga sejarah yg dicipta terus kekal dlm memori anda hingga akhir hayat. Berbahagia la ye..^_^
Berbalik pd tajuk n3 kali ni, memang aku betul2 tak sabar. Aku nk cari kje. Hope senang la cari kje nnti. Cite sal tarikh, memang aku ade tarikh. 20.12.2012. InsyaAllah..

Friday, October 8, 2010

Lelaki Dan Temannya

Friday, October 08, 2010 0
Lelaki Dan Temannya


Kontroversi tak tajuk n3 kali ni??
hahaha
ni bkn n3 tips or cintan2 yer
harap maap..hek3
Mau tahu teman itu siapa??
Cuba la teka
Kalian sume kan bijak bestari
tak dapat??
ok la..
meh aku bagitaw yer
teman yg dimaksudkan bukanlah sesape
tp ROKOK semata-mata
tergerak hati nk nulis sal rokok ni bkn sbb ape
sbb harga rokok tgh naik skg
tapi...
harga rokok naik tinggi mne pon
hisap tetap hisap
tak caye??
tengokla mamat tepi jalan nu
kt maple ke
ade dorang kesah??
tipu dorang tak kesah..haha
Agaknye la..
kenapa mereka tak leh berpisah??
pernah anda kaji??
ohh payah..
Rokok tu da ibarat nyawa
die lah teman dikala suka dan duka
boleh dibawa ke mne sje
tanpa ia pincanglah jiwa
ceeewaah!!
Mau taw tips benti merokok??
hahahaha
mudah aje..
semudah abc
tak caye??
kte jumpe personal
muahahaha~
org yg selalu stress pon ske berkawan dgn rokok
p/s: rokok ni berhantu. jgn berani dekati ia..haha

Tuesday, October 5, 2010

Misi Bermula

Tuesday, October 05, 2010 4
Misi Bermula
Misi ape tu agaknya ye??haha bkn misi pengebom berani mati.bukan juga misi yg jge org sakit. Nak taw??teruskan membaca celoteh aku nih.

Setelah sekian lamanya tak bekesempatan turun padang, hari ni tuk pertama kalinya dalam sem ni aku ke stadium. Tahniah buat diri aku. Buat ape?? Dah pegi stadium tu tuk jogging la. Takkan masak kot..haish~

B4 ni memang bergelora nk jog, tapi bnyak tul dugaan dan halangan. Awal sem, kasut xde. Hilang. Then stat bulan pose. Tambah lak ngan keje part time jge cc sampai ke mlm. So bile la aku ni nk bepeluh.

Agak2 sempat tak akhir taon nih aku dapatkan blk body zaman 1st yr aku dlu??sempat??cayalahh!!haha Korang mau tgk gmbar aku dlu??ok2..tgk bawah yer..^__^

Tadaaaaa...




Ensem kan. haha takpe2. Misi baru je bermula. Dan ini serius! sesape nk join juz reger me k.

p/s: kamu sume pasti akan mengalami situasi yg sama ketika blaja nnti..=D

Monday, October 4, 2010

Singgah Sebentar..

Monday, October 04, 2010 0
Singgah Sebentar..
Jom singgah...

Bukan singgah sahur yer. tp singgah ke blog usang aku ni. tak kesah la nk singgah ke,jengah ke,jenguk ke, asalkan korang bahagia.

Rasa da macam agak lama tak meng-update-kan blog aku ni. Nak dikatakan bz takde la sangat. Bese la nk menulis kna ade ilham kan??haha

Mood menulis aku seiring dgn blog aku ni. Klo blog bermasalah,kompem aku malas nk update. So diharap dgn template baru ni, aku boleh terus menyambung kje2 blogging..ceeewah!cam dapat gaji lak.

Kepada incik template,jgn wat hal lagik! da banyak kali aku tukor template. haish~

Ok lah yer. debu habuk segala bapak kuman sume aku da sapu dan kini blog aku kembali bersih. Pasni boleh memulakan misi baru..yeahh!

Wednesday, September 15, 2010

Aku dan Ramadhan 1431H

Wednesday, September 15, 2010 0
Aku dan Ramadhan 1431H
Salam...

Walaupun Ramadhan sudah meninggalkan kita semua, tp tetibe teringin nk menulis berkaitan Ramadhan yg baru sje berlalu meninggalkan kita semua. Ntah dapat ke tidak tuk kita semua bertemu Ramadhan lagi tahun hadapan.

Entri ni hanyalah sekadar sedikit nasihat dan celoteh hati aku berkaitan Ramadhan kali ni. Sudah pasti aku akan kenang sampai bila2.

Maher Zain
Setiap kali aku terdengar lagu ni pasti aku terkenangkan bln pose. Kenapa?? Sebab tiap petang b4 berbuka pose dan menyediakan juadah berbuke, aku pasti bukak lagu Maher Zain. Layan sorang2 dlm bilik kt UKM. *sebenarnya bukak lagu kuat2 sbb nk cover bunyi masak dlm bilik..hahaha Bila dah blk umah tak sempat la nk layan. Kena jage kedai daa~

Sahur
Bulan Ramadhan memang banyak hikmah. Dan Allah selalu menolong hambaNya. Aku pernah beberapa kali terlewat bgn. Tp bila aku terlewat bgn, mesti nasik yg aku masak akan amek mase sekejap je nk masak. Subhanallah. Kebesaran Allah..

Bazar
Untuk pertama kalinya aku tak pernah sekali pun jejak kaki ke bazar pada tahun ni. Tak kira kt bangi mahupun kt manir, dua2 tempat aku tak pernah pegi bazar ag. Hebat kan?? hahaha syabas!! Inilah nasib bila bersendirian menghabiskan tahun akhir kt ukm. tanpa teman2 upsm, tak bape semangat la nk berbelanja.

Wangian
Sekadar pesanan untuk diri sendiri, cukup la memakai bauan yg sederhana ke masjid. Jgn la memakai bauan yg terlalu kuat sehingga menyukarkan org sebelah bernafas.

Baju Raya
Alkisahnya tak kuar shopin. Sogo pon tak pegi. Tgk status org je shopin sane sini beli baju raye. Aku?? Malam raye je kuor shopin. Naseb baik ade baju. Buleh la beraya. =)

Aku rasa tu je kot yg nk dikongsi malam ni. Busan takde buat pape. Masih bercuti dirumah. Panjang juga cuti aku kali ni. Balik kg sebelum merdeka stret sampai rayer..muahaha~ Naik cuti je nanti terus midsem. Mampus!

Ok lah yer. Nanti lak aku cite kesah rayer aku. =)


Tuesday, September 14, 2010

Salam Idul Fitri

Tuesday, September 14, 2010 0
Salam Idul Fitri



Pejam celik pejam celik Ramadhan sudah berlalu meninggalkan kita dan hari ni sudah masuk 5 Syawal. Dah lama rasanya meninggalkan blog ni dek kesibukan menguruskan hal rumah tangga..haha *dah berumah tangga ke??


Di kesempatan ni, saya mahu menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai tersalah kata terkasar bahasa atau ada yg mengguris hati teman2 semua. Di hari baik bulan baik ni marilah sama2 kita mengeratkan silaturrahim dan memohon kemaafan sesama.

Saya masih di Terengganu. Jika ada yg mengenali, jemput la dtg ke rumah. Pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk teman semua.

Sekian, Salam Lebaran buat semua.


Monday, August 23, 2010

A.D.A.M

Monday, August 23, 2010 3
A.D.A.M
Salam...

Dah lama rasanya tak meng-update-kan blog aku ni. Ok lah. Juz nk gtaw aku da abes bce novel ADAM | Aku Darah Anak Malaysia. Sebenarnya kemarin lagi dah abes bce. heh

Setelah sekian lama aku tak meng-involve-kan diri aku dgn dunia novel ni, ntah kenapa tibe2 rasa nk terbaca lak. haha *dulu time skola rendah je bce novel..hek3

Tetibe rasa kagum lak dgn pengiat seni tanah air or tak kesah la kt mne2. Macam mne ek dorang ade imaginasi yg begitu kuat?? Sampaikan dunia ni dalam kepala mereka je sume. Mereka boleh mengawal semua percaturan watak. Waaa..dasyat..dayat.. Subhanallah

Sedikit info pasal ADAM ek. Novel ni bagi aku sangat menarik. Novel Thriller tentang survival seorang anak MELAYU, Hilman. Seorang polis dan juga sharpshooter. Isteri dia meninggal ketika melahirkan anak tunggal mereka, Jeslina. Sejak tu Hilman dipisahkan dari Jeslina oleh ayah mertuanya Datuk Harun.

Setelah 19 thn terpisah, Hilman bertemu semula dgn Jeslina di New York. Tak sempat nak happy lama, Hilman dan Jeslina terlibat dgn kemalangan dan Hilman dituduh memandu dlm keadaan mabuk. Nak dijadikan story lebih menarik, Hilman melarikan diri dari polis US dan memulakan siasatannya sendiri. Hidup seperti pelarian yg akhirnya membawa dia ke White House!

Cukup la pasal info tu ek. Nak pinjam meh dtg bilik. haha sesape yg dah bce bagusla yer. Banyakkan membaca cite2 gni. Sekurangnya menambahkan kecintaan kita pada Malaysia. Hujan emas di negera orang, hujan batu di negera sendiri. Tapi lebih baik lagi di negera sendiri.

Ok lah. Nak solat n ngaji. Bulan pose ni bulan mulia. Banyakkan beramal. Semoga amalan kita sentiasa diterima olehnya. Aminn...

p/s: Aku try nk scan cover depan novel ni tp tak dapat. samada aku yg tak reti or buku ni yg tebal sangat.hik3

Thursday, August 19, 2010

Berlalu Minggu Pertama

Thursday, August 19, 2010 1
Berlalu Minggu Pertama


Salam Ramadhan...

Pejam celik pejam celik dah lebih seminggu umat Islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah puasa. Sekejap je kan?? Biasa la tu. Sebelum minggu seterusnya melewati anda, meh kita renung kembali amalan yg telah kita lakukan pada Nya. Adakah sama seperti tahun lepas?? berkurang?? mengikut tuntutan Nya?? atau sekadar mengikut hati anda. Renungkan.

Ramadhan merupakan bulan mulia yg mana menuntut semua supaya sentiasa meningkatkan amalan ibadah kepada Nya di samping meninggalkan perkara larangan yg boleh membatalkan puasa atau mengurangkan pahala berpuasa.

Berpuasa bukanlah hanya sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga semata-mata. Kita juga diperintah supaya menjaga nafsu dan sentiasa bersabar. Nafsu tergolong dalam banyak jenis dan kebiasaanya yg menyerang masyarakat Malaysia adalah nafsu membeli.

Membeli juadah berbuka yg berlebihan di bazar Ramadhan merupakan salah satu contoh nafsu yg tak dapat dikawal. Kita disarankan untuk sentiasa bersederhana dalam berbuka mahupun ketika bersahur. Usah diturutkan kata hati. Mati nanti.

Bercakap soal terawih pula, rebutlah peluang untuk sama-sama berjemaah di masjid. Fadhilat solat terawih sangat la besar. Dan bukan selalu dapat kita bertemu Ramadhan. Apakah masih ada Ramadhan akan datang untuk kita?? Hanya Dia yg tahu. Tuhan sekalian alam.

Pesanan ini untuk semua termasuk diri sendiri. Sekadar mengingatkan sementara Ramadhan masih berbaki untuk kita.

Sekian.

berhemahlah dalam membuat pilihan..jgn sampai menurut kata nafsu


Thursday, August 12, 2010

Usah Ketepikan Anak Anda

Thursday, August 12, 2010 0
Usah Ketepikan Anak Anda


Salam Ramadhan...

Ini cerita dari masjid. Umumnya selalu kita melihat ramai anak2 kecil antara 6-11 tahun yg turut sama memeriahkan masjid untuk sama2 bertarawih dengan ibu bapa mereka. Bagusla begitu. Melentur buluh biarlah dari rebung.

Cuma yg menjadi persoalannya adalah apabila anak2 tadi membuat onar di belakang seolah2 satu perang palestin sedang berlaku. Siapa pula yg patut dipersalahkan??

Ulamak ada membahaskan, untuk mengawal kanak2 nakal ini, bawalah mereka solat bersama di sebelah bapa mereka. Sudah tentu dia tak kan bermain2 lg ketika jemaah lain sedang sembahyang.

Tapi situasi ni berlaku ke kt negara kita??Kurang kot..rata2 mesti akan menarik kanak2 tersebut supaya ke belakang dan yg tua akan berada di depan. Ini yg sepatutnya tak terjadi. Didiklah anak2 kita untuk selalu berada di saf paling hadapan supaya bila mereka dah besar nanti mereka akan berasa janggal berada di belakang dan akan selalu berebut2 saf paling hadapan. InsyaAllah.

Sama2 lah kita merebut ganjaran di bulan keberkatan ini dan melipat gandakan amalan seharian kita.

“Perintahkanlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan. Sebab hal itu akan melepaskan mereka dari seksa neraka.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir)

Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...